LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu u-turn pemain Liga Malaysia

Dalam minggu ini nampaknya isu pemain bolasepak Liga Malaysia melakukan u-turn terhadap pasukan menjadi semakin hangat. Ini kerana terdapat pemain yang menandatangani dengan satu pasukan sebelum akhirnya mengambil keputusan menandatangani kontrak dengan pasukan yang memberikan tawaran yang lebih baik. Ia menjadikan perbalahan antara persatuan-persatuan bolasepak yang telah mengharapkan komitmen dari pemain terbabit.
Liga_M 2014
Isu sebegini bukanlah baharu kerana ia juga berlaku di luar negara. Terdapat pemain yang telah hampir ingin berpindah namun melakukan u-turn pada saat-saat akhir hingga menjejaskan perancangan pasukan terbabit. Sememangnya perkara ini patut mendapat perhatian pasukan-pasukan yang akan bertanding di Liga Malaysia. Antara yang perlu diambil perhatian ialah :-

nazri-ahmad
Nazri Ahmad, pemain baharu yang menjadi isu u-turn selepas diberitakan telah menandantangani dengan Selangor sebelum ke Kelantan

1. Hanya kontrak yang rasmi dan lengkap sahaja yang patut diberikan untuk ditandatangani oleh pemain. MOU atau perjanjian lisan bukanlah persetujuan rasmi.
2. Pihak pasukan perlu mempunyai pegawai undang-undang yang berkaliber atau mempunyai peguam mewakili pasukan masing-masing. Itu juga perlu dilakukan oleh para pemain. Sepatutnya pemain mempunyai wakil yang mempunyai pengalaman dari segi undang-undang bolasepak negara. Alasan tak faham isi kandungan kontrak tidak sepatutnya berlaku kerana mereka mempunyai Persatuan Pemain Bolasepak. Sepatutnya mereka mempunyai sedikit sebanyak ilmu untuk menjadi pemain bolasepak dan bukan sekadar hanya bakat bermain sahaja.
3. FAM perlu sentiasa mengadakan kursus tentang pemindahan ini dari masa ke semasa. Sekiranya tidak dapat mengadakan kursus untuk semua pemain, mungkin ketua pasukan setiap pasukan boleh dipanggil. Ketua pasukan juga bertanggungjawab membimbing rakan-rakan sepasukan terutama pemain muda.

Sememangnya isu u-turn pemain pada saat akhir ini akan memberi kesan. Jika silap , mungkin ada pemain yang akan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi dari dapat tawaran lumayan, terus tak dapat main. Semoga ia menjadi pengajaran kepada pemain lain.

Apa pula pandangan dan pendapat anda tentang isu ini? Mungkin ada sedikit input yang boleh dikongsikan bersama..

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Isu u-turn pemain Liga Malaysia

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)