Isu Tiket : Kenapa masih tiada jalan penyelesaian ?

Hari ni Jamal nak berkongsi sedikit tentang isu yang sentiasa dibangkitkan apabila tiba perlawanan akhir bola sepak. Lebih-lebih lagi bila kejohanan Piala Malaysia yang merupakan penamat musim bagi Liga Malaysia.
Mesti ada je isu penyokong terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket tapi pulang hampa. Kenapa ye ? Jamal pun kadangkala bingung bila jadi macam ni. Sebab tu kadangkala Jamal malas nak pergi ke stadium kalau perlawanan akhir walaupun team Jamal masuk akhir.
Bukan tak nak menyokong tapi isu ni menyebabkan jelak ke sana.

Jamal rasa banyak perkara yang MESTI diperbetulkan oleh pihak berkaitan. Antaranya ialah :-

1) Agihan tiket di Stadium. Berapa sebenarnya yang dinyatakan penjualan di STADIUM perlu dibentangkan dengan jujur. Dalam media dibagitau hanya 2,000 unit sahaja diberikan pada penyokong yang membeli di stadium. Adakah itu mencukupi ? Memang tak cukup memandangkan ramai penyokong ternantikan detik sejarah ni.
Jika ada diagihkan kepada persatuan penyokong, nilai sebenar perlu dinyatakan. Persatuan juga perlu lebih ADIL untuk mengagihkan kepada penyokong. Jamal rasa elok agihan tiket di stadium dilebihkan sedikit dan agihan kepada persatuan. Maaf kalau Jamal katakan agihan di persatuan pasti tiada audit dan mana mungkin serahan itu boleh dilakukan secara adil.

2) Persediaan untuk hari penjualan tiket. Bagi pasukan yang mempunyai penyokong tegar, puluhan ribuan penyokong akan membanjiri stadium untuk mendapatkan tiket. Jadi pihak stadium kena bersedia dengan situasi ini. Membuka hanya 2-3 kaunter penjualan tiket akan menyebabkan kesesakan dan pasti berlaku masalah lain yang berbangkit.
Mungkin juga penjualan boleh dilakukan mengikut daerah-daerah tertentu berbanding berpusat di stadium utama. Sedikit sebanyak pengagihan lebih adil berbanding menggunakan persatuan penyokong.

3) Promosikan penjualan online. Kita dah masuk abad digital tapi masih ramai yang sanggup beratur panjang berbanding menggunakan kaedah online. Kenapa ye mereka tak sanggup guna online? Bukan semuanya tak celik IT tapi ramai yang mungkin tak percaya lagi dengan kaedah ini. Mungkin promosi berterusan perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran yang berlaku ketika ini.
Selain bazir kertas mencetak tiket, bazir juga duit menggaji penjaga kaunter dan pekerja. Lepas tu bazir masa lagi. Mungkin era digital perlu diperkenalkan kepada penyokong semua.

4) Kalau ada VIP dapat tiket percuma tu , eloklah pulangkan. Ambil je tiket untuk diri sendiri sahaja. Kalau ada kawan-kawan nak tengok tu minta diorang beli samada di online atau di stadium. Anda mencuri hak penyokong yang bermati-matian beratur tapi akhirnya pulang kosong. Ada tu sanggup tidur di stadium untuk mendapatkan sekeping tiket yang berharga RM50. Bukan murah tu.
Tapi sanggup demi pasukan tersayang.

5) Ulat tiket masih berleluasa. Kenapa berlaku? Penjualan tiket yang tak terkawal pun menjadi punca. Bila dah ada orang boleh beli banyak-banyak memang cepatlah tiket tu habis. Kesian kat penjaga kaunter kena maki hamun tapi mereka mungkin tak dapat nak kawal sampai ada yang beli lebih dari had.
Lebih menyedihkan mereka mencari untung dengan menjual kembali dengan harga lebih tinggi. Cuba anda pergi ke laman webMudah.my dan taip perkataan tiket Piala Malaysia. Dah ada orang tanpa segan silu menjual tiket tersebut di sana. Itu belum lagi ulat yang jual secara offline. Lagilah banyak.

Antara tiket yang telah dijual di Mudah

Jadi Jamal rasa pihak terlibat perlu bersedia awal selepas ini. Kita mahu menyokong bola sepak tempatan tapi isu lapuk ini masih berlaku tanpa penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.