LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu Sukan Tempatan 2015

Tahun 2015 akan tamat beberapa hari sahaja lagi. Banyak isu yang telah mewarnai industri sukan tempatan. Ada yang membanggakan dan ada juga yang memalukan. Ligakampung.com selaku antara pengikut sukan tempatan ingin berkongsi beberapa isu-isu yang hangat diperkatakan pada tahun 2015 ini.

1) Isu Doping
– Jika pada tahun 2014, kita dikejutkan dengan isu doping Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa digantung selama 8 bulan, isu ini terpalit pada jaguh bina badan negara Sazali Samad.
Isu ini mengejutkan apatah lagi Sazali merupakan jaguh negara yang pernah memenangi pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa selaku juara Mr Universe. Ianya mencalar imej sukan bina badan dan kemungkinan besar mampu menamatkan karier beliau dalam sukan ini. Walaubagaimanapun, mungkin ada bantuan dari pihak berwajib agar beliau diberikan hukuman yang minimum.
Ini kerana umurnya yang telah menjangkau 48 tahun pasti sukar untuk beraksi di masa hadapan.

sazali-samad

Berkenaan isu penggunaan dadah terlarang ini, sebenarnya telah berlanjutan lama. Selain dari isu Lee Chong Wei dan Sazali, negara pernah kehilangan beberapa pingat dalam kejohanan seperti Sukan SEA akibat kegagalan atlet melepasi ujian air kencing. Mungkin pihak MSN perlu meneliti dan memberikan pengetahuan yang berguna kepada para atlet tempatan. Mereka perlu mengetahui tentang implikasi yang bakal terpalit sekiranya menggunakan dadah.
Semoga isu ini tidak berlaku lagi pada masa depan nanti.

2) Isu keganasan penyokong bolasepak tempatan

– Banyak isu yang berlaku pada bolasepak tempatan namun yang paling gempar pastinya tindakan penyokong bolasepak yang menggelarkan diri Ultras Malaya ketika perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 September lalu.
Persembahan buruk pasukan negara ketika Kelayakan Piala Dunia 2018 tempohari menyebabkan penyokong melakukan tindakan drastik di luar dugaan. Mercun dan suar bertaburan di dalam stadium sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa di tamatkan 3 minit awal. Selain itu, badan induk bolasepak dunia (FIFA) juga mengenakan hukuman ke atas FAM atas kejadian tersebut.

penyokong malaysia
penyokong malaysia yang bersemangat akhirnya kecewa. Dari perkataan Malaysia ke AYam

Ini memberi kesan kepada imej bolasepak negara yang diperkatakan. Apatah lagi selepas bekas jurulatih negara Dollah Salleh, terpaksa menanggung malu akibat kekalahan pasukan negara kepada UAE sehingga 0-10 yang menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan.
Walaupun isu buruk ini diperkatakan di seluruh negara, namun ada juga kejayaan pada negara kita. Pasukan JDT yang mewakili kelab Malaysia berjaya menjuarai kejohanan Piala AFC 2015.

3) Faizal Saari ponteng latihan lagi

– Pasukan hoki negara tiada pencapaian besar pada tahun ini. Kegagalan skuad hoki remaja melayakkan diri ke Kejohanan Piala Dunia Junior 2016 sedikit mencalar keputusan hoki.
Ipoh
Tapi isu ponteng latihan kebangsaan berlaku lagi dan seperti sebelumnya Faizal Saari adalah antara pemainnya. Walaupun tidak akan dipanggil selama enam bulan untuk skuad kebangsaan namun pemain bertaraf bintang ini layak untuk beraksi di peringkat kelab atau negeri. Rasanya selepas ini Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) perlu bertindak lebih tegas dalam memberi hukuman kepada para pemain supaya tidak berulang.

4) Munculnya atlet muda bertaraf antarabangsa

– Pada tahun ini juga bersinarnya beberapa pemain muda dalam peringkat antarabangsa. Goh Jin Wei berjaya muncul pemain muda yang menjuarai Kejohanan badminton Dunia Junior 2015 muncul permata baru. Selain itu pemain tenis muda negara Imran Danial 2 kejuaraan iaitu bawah 10 dan bawah 11 tahun perseorangan pada kejohanan Junior Dunia Tenis Master di Turki.

imran-daniel
Selain itu barisan pemain bolasepak bawah 13 Tahun negara di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) juga telah mencatatkan keputusan memberangsangkan ketika aksi di luar negara.

5) Pasukan takraw menumpaskan Thailand
– Pasukan skuad takraw lelaki negara berjaya menumpaskan jagoan Thailand dalam akhir Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di MITC, Melaka. Kejayaan ini cukup membanggakan kerana pasukan takraw negara sukar untuk menumpaskan pasukan Thailand. Namun kegagalan untuk meneruskan konsistensi perlu diperbaiki.

Takraw Korea

Kejohanan Liga Sepaktakraw 2015 pula mencatatkan keputusan memberangsangkan. Penyertaan banyak pasukan serta kemeriahan kejohanan mungkin mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan sepaktakraw.

6) Pelancaran Hari Sukan Negara
– Tahun ini juga pelancaran Hari Sukan Negara berlangsung. Program yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia pada tahun ini diadakan untuk menggalakkan rakyat bersukan.

logo-hari-sukan-negara

Walaupun berjaya digelanggang sendiri namun selepas itu pasukan takraw masih sukar menumbangkan jagoan Thailand itu. Semoga kemenangan ini perlu dicari sekali oleh pasukan takraw negara. Jangan hanya gah di gelanggang sendiri sahaja.

Itu serba sedikit mengenai isu-isu sukan tempatan yang mampu dikupas oleh Ligakampung.com. Mungkin anda ada penambahan isu sukan lain.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Isu Sukan Tempatan 2015

  1. Tahun 2015 lebih banyak isu negatif berbanding positif dalam arena sukan malaysia… Bleh laa rasa bangga JDT menang Piala AFC…tapi tak mampu menutup tahun 2015 dengan kes2 yang telah tuan bgtahu tue… 🙁

    Harap 2016 ada sinar baru buat sukan malaysia…dapat menang emas pertama di olimpik KPI besar buat KBS…jika masih gagal juga, alamatnya satu kerugian besar kerana sukan telah diberikan peruntukan yang agak BESAR dari kerajaan… 🙂

    1. @si bongkok, memang perlu ada penambahbaikan untuk tahun depan..
      kes isu doping, penyokong amat memalukan di mata dunia..

  2. isu doping kena ambil berat… yang lain tuh pasal ponteng sepatutnya kena ambil tindakan buat atlit itu , tup2 dapat main.. mau tak angin yang lain.. kira budget star pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)