LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu Safee Sali komen Ketua Pengarah MSN

Isu Safee Sali dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

Nampaknya penyerang bolasepak negara Safee Sali terjerumus dalam kancah kontroversi apabila membuat satu kenyataan di twitter. Luahan tidak puas hati dinyatakan akibat kenyataan dari Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong dalam akhbar bahawa kekalahan kepada pasukan Bahrain telah diduga.
Perbalahan ini menjadi isu yang agak hangat di media sosial. Ada yang menyokong Safee dan ada juga yang menghentam. Begitu juga dengan Ketua Pengarah MSN yang mendapat tempias dari peminat Safee Sali.

Isu Safee Sali hentam Zolkeples Embong

Secara peribadi saya merasakan kedua-dua tokoh sukan ini mungkin ada silapnya. Bagi Ketua Pengarah MSN, mungkin kenyataan beliau di akhbar mengguris hati para pemain skuad kebangsaan yang berjuang untuk menang ketika bertandang di Bahrain namun keputusannya tidak seperti diharap. Mungkin Datuk Zolkeples selaku pegawai kerajaan yang menguruskan hal-hal sukan di Malaysia tidak mempunyai keyakinan terhadap pasukan Malaysia namun seeloknya tidak sesuai dinyatakan dalam media secara terus. Mungkin perlu menggunakan saluran yang lebih baik kerana kenyataan beliau sedikit sebanyak akan menjatuhkan moral pemain Harimau Malaya yang masih mempunyai peluang secara matematik untuk layak ke Kejohanan Bolasepak Piala Asia 2015 di Australia.

Begitu juga dengan Safee Sali, beliau tidak sepatutnya beremosi dalam menggunakan laman sosial. Pastinya ia akan memberikan kesan negatif pada beliau sendiri apabila ramai yang memberikan maklumbalas negatif. . Beliau perlu tahu bahawa Ketua Pengarah MSN mempunyai tanggungjawab dalam bidang sukan termasuk bolasepak.

Rasanya, isu ini tidak perlu berpanjangan dan diharapkan pegawai dan pemain patut mencari penyelesaian terhadap perkembangan bolasepak di negara kita. Bercakaran antara satu sama lain tidak membantu mengembangkan lagi sukan bolasepak di negara kita.. Mereka perlu saling membantu secara langsung dalam meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan di arena bolasepak negara.

Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Mungkin ada pendapat lain yang boleh dikongsikan bersama.

Please follow and like us:
error0

9 thoughts on “Isu Safee Sali komen Ketua Pengarah MSN

  1. er.tak tahu nak kata apa takut gak nak komen sebarangan lebih lagi isu begini.tapi suka bola harap rentak permainannya dapat dikekalkan. menajdi idola pada anak-anak muda sekarang

  2. Dalam konteks nie, aku mmg sokong what Safee Sali cube ckp. “Sudah diduga?”
    Come on la, kalau awal awal lagi Zolkeples dah yakin Malaysia kalah, buat ape lagi main kalau macam nie.

    Ingatlah, Bahrain tue standar nye atas lagi. Ibarat nak suruh Faroe Island menang lawan England. memang la sukar.

    1. cuma ayat ‘suruh dia mainlah’ adalah ayat yg kurang sesuai…
      samalah macam ‘tokei ayam’ suruh belalah ayam sendiri kalau rasa mahal.. hehehe.. sekadar pendapat je

  3. Sepatutnya perkara ini perlu diselesaikan secara serius peringkat dalaman. Jangan biarkan media memanipulasikan keuntungan. Sebab banyak lagi isu lain yang perlu dibincangkan dan ditambahbaik bagi meningkatkan mutu sukan negara. Ia isu media yang di highlight kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)