LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu perpindahan Akhyar Rashid : Kenapa masih berbangkit ?

Minggu ni isu perpindahan Akhyar Rashid menjadi buah mulut di kalangan peminat bola sepak tempatan.
Isu yang menjadi perbualan hangat selepas terdapat perbalahan antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan JDT mengenai perpindahan pemain bintang berusia 19 tahun ini.
KFA enggan melepaskan pemain sayap berusia 19 tahun itu kepada JDT meskipun Akhyar diberitakan telah menandatangani kontrak dengan JDT.
Ini berikutan tiada proses penebusan kontrak oleh pemain. Dalam satu kenyataan oleh Pengarah SUkan JDT, Martin Prest , mereka akan membayar sebanyak RM100,000 sebagai yuran pembangunan meskipun nilai yang ditetapkan sebagai pampasan hanya RM75,000.00.
Ia menjadi hangat selepas KFA dikatan mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas FAM menetapkan jumlah RM210,000 sebagai nilai untuk Akhyar menebus kontraknya yang sepatutnya tamat di Kedah pada November 2019.

JDT pula melakukan sesuatu yang cukup mengejutkan apabila meletakkan nilai RM12 juta bagi harga Akhyar sekiranya ada pihak berminat mendapatkan beliau dalam tempoh kontrak empat tahun pemain ini.
Memang nilai yang cukup tinggi bagi seorang pemain tempatan yang berusia 19 tahun.

Kami di Ligakampung.com masih pelik mengenai isu perpindahan pemain yang tidak berjaya diselesaikan ini. Isu perpindahan pemain bukanlah baru dalam arena bola sepak tempatan.
Di tahun 1993 juga isu Azman Adnan juga pernah menjadi kontroversi. Nampak seperti kekurangan pengetahuan dalam bidang undang-undang perpindahan pemain berlaku dalam kelab bola sepak tempatan. Begitu juga dengan kisah Norshahrul Idlan Talaha yang juga berpindah ke JDT pada sedikit masa dahulu.
Mungkin elok kiranya persatuan bola sepak mempunyai peguam yang mempunyai pengetahuan dalam undang-undang perpindahan bola sepak.

Dari segi perpindahan Akhyar pula, kami di Ligakampung.com sedikit kecewa kerana mengharapkan beliau beraksi di Liga luar berbanding di Malaysia. Tetapi keputusan telah dilakukan oleh Mat Yar, maka kami selaku peminat bola sepak tempatan menyokong usaha beliau.
Semoga beliau maju jaya di mana jua beliau beraksi pada musim ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)