LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu pemain import Kelantan bergaduh dengan pelanggan pasaraya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ramai dah mengetahui tentang kes pemain import bolasepak Kelantan, Obinha Nwaneri yang hampir bergaduh dengan pelanggan di hypermarket di Shah Alam. Pergaduhan hampir tercetus apabila pemain import Kelantan itu mengatakan bahawa beliau ingin membayar dahulu. Pelanggan tersebut yang berada di depan tidak memberi kebenaran dan Nwaeri hampir menumbuk pelanggan tersebut. Agak bernasib baik apabila rakan beliau menahan dari pelanggan itu dipukul. Pelanggan tersebut, Faizaly Abd Rais telah membuat laporan polis tentang insiden tersebut.
Obinna Nwaneri
picture hosting

Sumber :- Malaysiandigest.com

Lihat video CCTV di bawah

Kalau dilihat dari CCTV memang nampak kesalahan jelas pada Nwaneri yang memulakan pergaduhan. Kalau tengok pun memang pelanggan tu yang berada di belakang rakannya. Tak sepatutnya beliau memanjangkan kisah tu sedangkan beliau hanya berada satu baris sahaja. Apapun ia telah terjadi dan Nwaneri sebagai pemain professional perlu meminta maaf kepada pelanggan tersebut. Mungkin pihak KAFA perlu mengambil tindakan selanjutnya bagi mengelakkan kekeruhan ini.

Apa pula pendapat anda??

Sekian.

p/s :- Pelanggan tersebut juga meminta KAFA memecat Nwaneri tapi pada pandangan saya ia bukan tindakan yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi beliau merupakan tonggak pasukan Kelantan yang sedang dalam menuju kejohanan Piala Malaysia ni. Apapun kita tengok apa keputusannya.

Memandangkan isu ini mungkin agak hangat, diharap komen yang diberikan lebih membina dan tidak mengikut emosi ye… ‘PEACE NO WAR’..

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Isu pemain import Kelantan bergaduh dengan pelanggan pasaraya

  1. Pingback: Isu pemain import Kelantan bergaduh dengan pelanggan pasaraya | Blog Zool Ligakampung.
  2. Pecat je. Kat luar padang dah berani tunjuk yang dia ni takde disiplin. Silap-silap kalau dah jadi kes polis, memang tak boleh main langsung dia kat Malaysia ni.

  3. payah nak katalah semua tengah panas ni, selepas kelantan seri baru ni, semua yg dibuat mcm x jdi je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)