LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Nampaknya isu Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh FIFA menjadi antara topik utama ruangsan sukan di akhbar tempatan. Bukan kerana mengikuti perkembangan liga bolasepak di Indonesia namun kerana masalah itu terpalit kepada penyerang no 1 negara iaitu Safee Sali. Ini kerana beliau yang bermain untuk pasukan Pelita Jaya di liga tersebut bakal dikenakan tindakan tidak boleh beraksi untuk pasukan kebangsaan dan tidak dibenarkan untuk bermain di liga lain oleh FIFA. Ini pastinya memeningkan kepala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya ia benar.

Walaubagaimanapun berdasarkan laporan terbaru, ISL masih belum diharamkan dan pihak Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) akan mengadakan mesyuarat kongres pada minggu hadapan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini berlaku akibat perubahan tampuk pimpinan PSSI yang memberi impak yang besar kepada Liga mereka sendiri. Malahan masalah ini bukan hanya terkena tempias pada pemain import seperti Safee Sali sahaja malahan terdapat nama-nama besar pemain Indonesia juga bakal tidak dapat beraksi untuk negara jika hukuman ini dilaksanakan.

Walaupun masih menunggu keputusan namun rasanya pihak pengurusan Safee Sali perlu berkira-kira untuk mencari haluan baru. Ini tidak adil bagi pemain dan mereka yang terlibat. Bayangkan mereka telah menandatangani kontrak dengan pasukan mereka dan secara tiba-tiba statusnya bertukar. Pastinya ianya melibatkan kerugian yang banyak. Pada pendapat saya, jika FIFA mengenakan hukuman tersebut kepada Safee Sali dan mereka yang terlibat, pihak FIFA dan PSSI perlu disaman. Ini kerana badan induk bolasepak dunia dan Indonesia itu telah menutup periuk nasi mereka sedangkan sebelum ini ISL merupakan liga yang sah. Bagaimana dalam masa yang singkat mereka boleh menukar keputusan sehingga memberi kesan yang besar kepada pemain dan seterusnya reputasi liga bolasepak Indonesia..

Apapun kita tunggu dan lihat. Semoga terdapat perkembangan positif yang berlaku tapi secara peribadi saya berpendapat Safee Sali boleh mencari pasukan lain, malahan pemain Malaysia yang menerima tawaran di liga ini boleh berkira-kira untuk menolak tawaran bagi mengelakkan masalah ini. Tunggulah bila pihak FIFA memberikan kata putus dulu..

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)