Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Minggu ini, isu wanita kuasai sektor awam hangat dibincangkan di media-media masa. Isu yang diketengahkan oleh Setiausaha Agung Ceupacs, Ahmad Shah Mohd Zin menjadi topik sehingga Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA pun terpaksa memberikan penjelasan. Kalau diikutkan dari statistik pengisian mengikut pangkalan data HRMIS sehingga 19 Februari 2010 Jabatan Perkhidmatan Awam, didapati terdapat 482,338 adalah lelaki manakala 547,900 adalah kaum Hawa.. Menunjukkan bahawa tiada diskriminasi terhadap kaum wanita..
Jadi sebagai salah seorang penjawat awam, elok rasanya kalau si Zool berkongsi sedikit mengenainya..
( Untuk entri kali ini ada read more, kepada yang tasuke (gaya kak jie)miss lolly, joegrimjow n kawan sewaktu dengannya, sudi-sudikanlah mengeliknya…. ‘ please, please, please (gediknya aku .. wek. muntah hijau dah..)’)
1. Unit saya, Teknologi Maklumat agak kecil iaitu hanya 4 orang sahaja iaitu Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (itu saya) dan 2 orang Pembantu Tadbir. Dari segi kerja memang diakui bagus dengan ketekunan mereka cuma agak sukar bila perkara melibatkan fizikal seperti mengangkat PC dan printer. Tapi ianya tidak menjadi masalah besar kerana boleh meminjam rakan-rakan lelaki dari unit lain. Cuma susah sikit bila diorang keluar..
2. Dari segi mengambil keputusan mungkin pegawai wanita lebih lama kerana mereka lebih teliti dan sedikit takut mengambil risiko terutama perkara yang melibatkan undang-undang…
3. Dari segi kerja wanita lebih tekun dari lelaki . Itu tak boleh dinafikan.. Tapi dalam ramai-ramai tu ada gak wanita yang kerja ala kadar. Ntahlah rasanya perkara ni bukan bergantung pada gender kot..
4. Kebersihan.. Memang wanita lebih bersih dan kemas.. Tapi ada gak pegawai wanita yang berserabut.. Kadang-kadang lebih serabut dari lelaki..
5. Kaum wanita lebih banyak mendapat keputusan cemerlang di IPT. Jadi mereka layak untuk memegang jawatan tertinggi sekiranya mampu..
6. Bagi wanita yang sudah berkahwin mungkin ada sedikit masalah terutama yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi. Tak perlu komen banyak ek.. Nanti kena marah plak..
7. Puak-puak. Mungkin ini tidak berlaku di organisasi lain tapi saya perhatikan di beberapa agensi wujud puak-puak di kalangan wanita. Tak tau kenapa .. Atau mungkin kat tempat saya je kot.. Bila keadaan berpuak-puak ni timbullah gossip-gossip hangat kan.. Kalau nasib tak baik, saya jadi orang tengah dengar diorang cerita ceriiti.. Adoyai..
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman… Minta maaf sekiranya menyinggung mana-mana pihak.
Secara peribadinya, saya berpendapat isu gender ini tidak perlu dikecohkan. Walaupun diakui lelaki adalah ketua keluarga dan sepatutnya menjadi pemimpin namun ini tidak bermakna kaum wanita tidak layak untuk memegang jawatan di perkhidmatan awam. Mungkin ada beberapa jawatan yang kurang sesuai untuk wanita tetapi ianya tidak boleh di beri sesuka hati kepada lelaki..
Yang penting adalah mencari ke mana hilangnya lelaki. Kenapa mereka lebih suka belajar di Universiti Pusat Serenti ?Hanya menjadi doktor yang menyuntik diri sendiri? Dan yang mengali kubur di jalanraya sebagai Pelesit Rempit ( a.k.a Mat Rempit) ? Itu yang perlu diperbaiki kerana selagi mereka-mereka ini hanyut tiada gunanya bercerita tentang penguasaan wanita di sektor awam..
p/s :- Ini hanya sekadar cerita kosong dari seorang lelaki yang tidak sebijak mana pun.. Tak perlu nak ambil pusing ye dan jangan hentam beliau lebih-lebih ye.. Dia pun bukan best pun…
RSS Feed
Twitter



February 24th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


aku tak de masalah pun dengan isu gender ni.. dah kat ipt pun ramai pompuan, nk wat cane… majikan tentulah nk pilih calon yg terbaik utk dijadikan pekerja… tp kengkadang.. result terbaik kat ipt tak menjanjikan org tu pandai buat keje…
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2010 at 22:43
tul tu.. setuju amat..
kdg2 ramai yg lebih teori berbanding praktikal…
cuma aku tak gemar benda ni diisukan.. yg penting camne nak bantu yg gagal masuk kerajaan.. cam citer Aduan Rakyat mlm tadi.. blh kasi diorang keje .. kasi jadi PAP ke tukang kebun.. tapi mau ke diorang?? ntah lah..
lain plak scope jawapan ..
Reply
Isu ini hangat apabila ramai wanita yang terlibat dalam sesebuah organisasi/perkhidmatan awam mengambil cuti bersalin
Reply
zool
Reply:
February 25th, 2010 at 22:43
tu isu no 6.. tak berani nak komen bebanyak..
Reply
wahh..dah ada pemandangan baru la..hehe..
yup..kalau puak2 tu no komen la..heheh..tu sifat wanita..ramai je yang nak duduk atau bergossip dengan gang masing..
Reply
zool
Reply:
February 25th, 2010 at 22:44
sesekali berubah pemandangan.. asyik sama je bosan plak..
ye lah.. nak komen bebanyak nanti puak2 tu hempuk plak ..
Reply
TIDAK BOLEH dipertikaikan wanita zaman kini sememang byk drp lelaki di mana-mana aje, contoh terbaik terdekat keluarga kita sahaja byk wanita drp lelaki, anak-anak adikberadik kita byk yg wanita. sebenarnya lelaki & wanita sama aje kepandaiannya cuma kelebihan wanita kerajinan mereka berusaha & tekun membaca lelaki ni malas byk. peringatan kpd wanita jika kat office jadi boss kat rumah tu jgn cuba6 nak jadi boss marah nanti suaminya, kat rumah tetapi jadi isteri yg solehah.
Reply