Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu hangat : Rozaimi tidak diterima Sabah FC

Pemain yang cukup hebat satu ketika dahulu sehingga pernah digelar Neymar Malaysia iaitu Rozaimi Abdul Rahman nampaknya terpalit kontroversi.
Meskipun tampak seperti Rozaimi akan kembali ke pangkuan negeri kelahirannya , Sabah selepas kontrak dengan JDT telah tamat namun ada isu yang memungkinkan Rozaimi tidak mampu kembali ke Sabah.
Ini berikutan tular posting bekas penyerang negara itu di laman sosialnya yang tular.

Ini menimbulkan konflik antara Rozaimi dan pengurusan Sabah FC . Sabah FC telah membuat kenyataan rasmi seperti di video dibawah

https://fb.watch/2c8YuYAuwW/

Kenyataan ini sekaligus menutup ruang bagi Rozaimi untuk menabur bakti kepada negeri kelahirannya sekurang-kurangnya untuk musim 2021 ni.
Ligakampung berpendapat mungkin timbul salah faham antara dua pihak. Dan kami beranggapan bahawa Rozaimi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan di media sosial yang pasti akan menambahkan lagi kontroversi antaranya dan pengurusan.
Mungkin beliau kecewa tetapi sebagai pemain professional perlu tahu bahawa selagi perjanjian tidak ditandatangani maka tiada kepastian untuk menjadi pemain sesuatu kelab.

Mungkin pihak Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional yang diterajui oleh Safee Sali boleh membantu menyelesaikan konflik ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)