LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Isu FIFA tidak iktiraf perlawanan persahabatan Malaysia

Umum mungkin telah mengetahui tentang tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak mengiktirak aksi perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang New Caledonia pada 22 Jun lalu.
Tanpa pengiktirafan FIFA, perlawanan tersebut yang dimenangi oleh Malaysia dengan keputusan 2-1 tidak menyumbang kepada pungutan mata dalam memperbaiki ranking di peringkat dunia.
Isu ini berpunca daripada Persatuan Bola Sepak New Caledonia yang tidak menyediakan 3 pegawai yang berdaftar dengan FIFA sebagai syarat utama untuk mengadakan aksi persahabatan Kelas A.

malaysia-vs-new-caledonia

Insiden ini memang memalukan apatah lagi 2 perlawanan lagi yang diklasifikasikan memberikan keputusan seri dan kalah. Sudah pasti kesan dirasakan oleh pasukan kebangsaan kerana tujuan siri aksi persahabatan di Oceniaadalah untuk meningkatkan ranking dunia sebelum beraksi pada kempen Piala Suzuki AFF.
Mengapa ini boleh berlaku? Ini pastinya akibat dari tidak serius pegawai yang terlibat. Sepatutnya mereka perlu mendapatkan pengesahan dari FIFA sebelum perlawanan diadakan. Ini kerana perlawanan ini penting untuk kredibiliti pasukan negara. Perlawanan yang sepatutnya memberikan mata sebaliknya menjadi perlawanan latihan ala-ala perlawanan petang-petang.
Walaupun isu ini tidak mendapat perhatian penyokong tatkala lawan yang ditemukan bukannya GAH sangat namun ianya perlu menjadi pengajaran bagi pegawai berkaitan.

Para pemain tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya bertanggungjawab di atas padang dan sebaliknya bahagian pengurusan perlu mengambil tindakan. Ligakampung.com berharap ianya tidak berlaku di masa hadapan supaya bola sepak negara tidak menjadi bahan jenaka lagi.
Semoga majulah bola sepak dan diharap akan ada lagi perlawanan yang lebih professional selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)