LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Iskandar Zulkarnain, Tee Jing Yi juara Badminton GP Akhir Sirkit Kebangsaan 2015

Kejohanan badminton GP Akhir Sirkit Kebangsaan 2015 melabuhkan tirainya. Pemain perseorangan negara yang juga pilihan utama, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya memenangi kategori lelaki menewaskan Chong Yee Han.
Iskandar yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mudah menundukkan Yee Han dengan keputusan 21-8, 21-10 dalam masa 25 minit.

Bagi peseorangan wanita pula, pemain utama Tee Jing Yi berjaya menumpaskan pemain remaja dunia, Goh Jin Wei dengan keputusan 21-14, 21-10. Kemenangan ini juga menunjukkan bahawa masih banyak yang perlu dipelajari oleh Goh Jin Wei bagi menentang pemain yang lebih senior.
Bagi acara beregu, Mohd Arif Latif/Nur Mohd Azriyn menang ke atas Tan Wee Gien/Teo Ee Yi dengan keputusan 11-21, 21-15, 22-20.
Bag beregu wanita pula dimenangi oleh Chin Kah Mun/Chow Mei Kuan mengatasi Joyce CHoong Wai/Yap Cheng Wen dengan keputusan 22-20, 21-10.
Beregu campuran dimenangi oleh Tan Aik Quan/Lai Pei Jing yang menumpaskan Ong Yew Sin/Lee Meng Yean 21-18, 21-10

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Iskandar Zulkarnain, Tee Jing Yi juara Badminton GP Akhir Sirkit Kebangsaan 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)