Iskandar Zulkarnain keluar BAM : Adakah keputusan bijak ?

Jamal terbaca berita mengenai satu-satu pemain badminton berbangsa Melayu yang dikenali dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Iskandar Zulkarnain.
Berita itu memaparkan kenyataan Iskandar Zulkarnain yang akhirnya mengambil keputusan meninggalkan BAM selepas bersama-sama dalam tempoh 15 tahun.
Pemain berusia 28 tahun itu mengambil keputusan tersebut untuk meneruskan impian ke Olimpik 2020 dengan bergelar pemain professional.
Iskandar yang pernah digantung 3 bulan akibat merokok di hotel ketika Kejohanan Piala Thomas di Bangkok pada Mei lalu.

Jamal berpendapat keputusan Iskandar adalah bijak kerana :-

1) Pencapaian beliau di dalam BAM tidak konsisten dan beliau sentiasa gagal dalam kejohanan besar. Kejayaan secara individu hanya pada kejohanan kecil seperti Siri Antarabangsa Singapura dan Poland pada 2015 selain Cabaran Antarabangsa Switzerland 2015 dan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2017.
Ia menunjukkan peningkatan tidak berlaku. Keputusan terbaru tersingkir di Terbuka Macau menunjukkan betapa lemahnya prestasi beliau di kejohanan yang besar.
Aksi tersebut menyebabkan ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Mishun Sidek menarik penyertaan Iskandar pada saingan Terbuka Hong Kong minggu depan.

2) Saranan dari bekas pemain lagenda Malaysia iaitu Rashid Sidek selepas kegagalan demi kegagalan Iskandar. Rashid sendiri memberi nasihat terbuka agar Iskandar terus membawa haluan sendiri sebelum dibuang terus oleh BAM.

[ Nasihat Rashid Sidek kepada Iskandar Zulkarnain ]

3) Mengurangkan tekanan yang dipikul oleh beliau sebelum ini sebagai pemain BAM. Harapan yang diletakkan oleh peminat dan juga pengurusan BAM juga tinggi. Mungkin ia sedikit sebanyak menganggu prestasi beliau yang dilihat lemah dari segi mental.
Mungkin beraksi sebagai pemain professional, tekanan yang diterima rendah berbanding di dalam BAM.

4) Membentuk displin. Kita semua maklum, masalah Iskandar adalah dari segi displin. Mungkin dengan berhaluan sendiri beliau perlu mendisplinkan diri. Semua kena cari sendiri termasuk penaja. Nak tingkatkan prestasi pun kena lebih displin. Tiada lagi elaun bulanan sebaliknya kalau tiada penaja maka tidaklah bergaji.
Beliau kena survive untuk meneruskan karier beliau dalam badminton professional.

5) BAM dapat menonjolkan pemain lain yang lebih muda. Dengan keluarnya Iskandar telah terbuka peluang bagi pemain muda untuk menyertai kejohanan yang sebelum ini reserve untuk Iskandar. Pemain seperti Leong Jun Hao, Lee Zii Jia mempunyai peluang yang lebih untuk menonjolkan diri.

Jamal harap Iskandar perlu membuktikan kemampuan beliau selepas beraksi sebagai pemain professional. Displin kena perbaiki dan kena lebih banyak berkorban. Dengan umurnya yang semakin meningkat usia karier beliau juga tak panjang. Mungkin Olimpik 2020 adalah penentu samada beliau boleh MEMBANGGAKAN diri atau tidak. Buat masa ini beliau perlu mencari penaja dan beraksi dalam kejohanan-kejohanan kecil untuk memungut mata sebelum mendapat ranking lebih baik untuk beraksi dalam Kejohanan seperti Super Series. Sekarang ni beliau berada dalam ranking ke 74 dan perlu meningkat dalam 20 terbaik dalam tempoh 1-2 tahun ini untuk mengapai impian ke Olimpik.

[ Profil dan ranking Iskandar ]

Kita doakan kejayaan Iskandar.  Cuma lepas ni tak nampak lagi le nama pemain Melayu kat dalam BAM. Atau ada ke pemain-pemain Melayu muda kat sana yang bakal bernaung di BAM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives