LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ironman Langkawi 2019 : Javier Gomez , Tessa Kortekaas juarai kategori lelaki, wanita

Kejohanan sukan lasak yang berlangsung iaitu IronMan Langkawi 2019 telah selesai sebentar tadi. Acara yang melibatkan 3 acara sukan iaitu 3.8 kilometer renang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari.
Pasti ia bukan tugas mudah untuk menghabiskan ketiga-tiga acara tersebut dalam tempoh kurang dari 16 jam itu.
Pada kejohanan kali ini, atlet dari Sepanyol , Javieer Gomez berjaya mengungguli kategori lelaki apabila menamatkan ketiga-tiga acara dalam masa 8 jam 18 minit 59 saat. Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta dari Switzerland Philipp Kotny yang menamatkan acara dengan masa 8 jam 24 minit 19 saat.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta Brazil Thiago Vinhal yang mencatatkan masa 8 jam 31 minit 16 saat.
Acara wanita pula dimenangi peserta Belanda, Tessa kortekkass yang mencatat masa 9 jam 43 minit 20 saat. Ditempat kedua dimenangi oleh Naomi Washizu dari Jepun dengan catatan 9 jam 52 minit 01 saat,
Tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Republik Czech Simona Krivankova yang mencatat masa 9 jam 59 minit 28 saat.

Sementara itu, hos dan penyanyi popular, Alif Satar berjaya menamatkan acara Ironman ini dengan catatan masa 15 jam. Satu pencapaian yang hebat bagi peserta yang bertaraf amatur ni.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)