Ironman Langkawi 2017, Romain Guillaume dan Diana Riesler kuasai acara lelaki dan wanita

Kejohanan acara sukan lasak membabitkan displin renang, berbasikal dan renang, Ironman Langkawi 2017 telah pun selesai pada hari ini.
Roman Guillaume, 33 dari Perancis berjaya menumpaskan juara bertahan Ironman 2016, Fredrik Croneborg dari Jerman. Roman Guillaume berjaya mencatatkan masa 8 jam 32 minit 53 saat bagi memenangi kejohanan itu.


Agak malang bagi Croneborg yang tidak tersenarai dalam tiga terbaik pada tahun ini. Tempat kedua dimenangi oleh Jans Peterson-Bach dari Denmark dengan catatan masa 8 jam 36 minit 43 saat manakala Roman Deisenhofer dari Jerman di tangga ketiga dengan catatan masa 8 jam 40 minit 44 saat.

| Dapatkan Beg Ekslusif IronMan |

Bagi acara wanita pula, Diana Riesler sekali lagi menjuarai kejohanan ini. Ini merupakan kejayaan beliau kali keempat serta berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun lepas. Riesler,33 dari Jerman berjaya menjuarai kategori wanita dengan catatan masa 9 jam 19 minit sekaligus membawa wang tunai AS$5,000 (RM20,932).
Tempat kedua dimenangi seorang lagi atlet dari Jerman, Mareen Hufe dengan catatan masa sembilan jam 27 minit 22 saat dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$2,750 (RM11,512), manakala atlet dari Perancis, Manon Genet membawa pulang wang tunai AS$1,750 (RM7,326) di tempat ketiga dengan catatan masa sembilan jam 36 minit 13 saat.


Riesler berkata, beliau tidak pasti sama ada akan menyertai Ironman Langkawi pada tahun hadapan kerana ingin berehat daripada menyertai kejohanan tersebut.

Ironman Langkawi melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km, yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$25,000 (RM105,420) dan 50 peserta terbaik kejohanan hari ini layak bertanding pada Kejohanan Ironman Dunia di Kona, Hawaii tahun hadapan.

Suit sesuai untuk Triathlon. Klik gambar untuk keterangan lanjut

Keputusan penuh:

Profesional lelaki:

1.Romain Guillaume (Perancis) 8:32:52

2.Jens Petersen-Bach (Denmark) 8:36:43

3.Roman Deisenhofer (Jerman) 8:40:44

Profesional wanita:

1.Diana Riesler (Jerman) 9:19:00

2.Mareen Hufe (Jerman) 9:27:22

3.Manon GenĂȘt (Perancis) 9:36:13

Sumber :-Sinar Harian
Facebook IronMan Malaysia

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply