Assalamualaikum semua.. Sihat ke anda semua.. Harap-harap sihatlah dan kalau tak sihat harap pergi ke hospital berdekatan dan kalau masih tak sembuh juga bolehlah mencuba perubatan tradisional (yang tidak menyalahi hukum syarak)..
Nampaknya hari ini hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO dan banyak isu yang dibahaskan dalam perhimpunan kali ini walaupun agak suam-suam kuku seperti subsidi, pekerja asing dan sebagainya. Rasanya saya tidak mahu mengupas isu-isu tersebut kerana blog ini bukanlah blog politik. Biarlah blog lain yang menulisnya.
Hari ini saya cuma nak menulis beberapa topik yang agak menarik untuk kita bincangkan.
1. IPT tiada dalam senarai 200 terbaik dunia.
Nampaknya agak menyedihkan juga bila membaca berita ini. Kalau pada tahun lepas terdapat 2 IPTA yang menduduki carta namun tahun ini tiada yang tersenarai. Mengapa agaknya?? Adakah sistem pembelajaran di IPT kita telah terkebelakang. Kalau ikut dari pandangan adik saya beliau menyatakan bahawa sistem pembelajaran di IPT yang terlalu mementingkan keputusan markah merupakan salah satu kelemahan sistem pendidikan.
Jika diperhatikan sistem yang lebih menempatkan teori sebagai medium utama pembelajaran menyebabkan kurangnya tenaga mahir yang dapat dihasilkan oleh graduan kita.. Apakah anda bersetuju dengan pandangan beliau?? Berdasarkan pengalaman saya bekerja, secara amnya kurang dari 10 % apa yang dipelajari di IPT dipergunakan dalam kehidupan. Kebanyakannya perlu dipelajari kembali tak kiralah sebijak mana pun anda dalam sesuatu bidang itu.
2. Asraruddin ke PSV.

Satu berita baik untuk bolasepak tempatan. Asraruddin, pemain belia Malaysia yang akan menjalani latihan bersama kelab terkemuka Belanda pada 19 -24 November 2007. Saya amat berharap agar beliau menunjukkan potensi sebenar beliau dan terpilih untuk menjadi ahli PSV Eindhovan.. Harap-harap beliau akan berjaya dan tidak akan tenggelam seperti Titus James Palani yang kini tak tau entah ke mana. Pada pendapat saya dengan pendedahan pemain-pemain ke Liga yang lebih mencabar mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti.
Ini kerana pemain-pemain terpaksa bersaing dengan pemain yang lebih hebat dari mereka. Ini dapat diperhatikan beberapa negara Afrika yang dahulunya kurang dikenali kini telah mula mencuba nasib ke negara Eropah dan seterusnya membantu pasukan kebangsaan mereka kuat.
Okaylah setakat ini coretan saya untuk hari ini. Semoga sedikit sebanyak ada benda yang boleh dibawa untuk kehidupan.
Source gambar :- whatagoal
RSS Feed
Twitter



November 10th, 2007
zool
Posted in
Tags: 


saya bukanlah orang yang lyk nak berbicara tentang prestasi IPTA negara kita. Sepanjang saya di IPTA, saya lihat masih ada ruang dan luang untuk memperbaiki keadaan ini. Kebanyakkan siswa kita masih lagi lemah dalam mengutarakan pendapat-pendapat bernas apabila diberi peluang membuat presentation.Perkara ni telah diulas di http://www.zaharuddin.net dan saya sependapat dengan Ust Zaharuddin..Pendek kata kurang mahir dalam berkomunikasi.
Kebetulan seorang rakan saya sedang menyiapkan tesis tentang komunikasi di kalangan mahasiswa. Jika diizinkan Allah, saya akan minta kebenaran beliau untuk mendedahkan dapatan hasil kajiannya dalam blog saya nanti..Insyaallah..
Reply
Bende tu dah jadi normal dan kadang2 aku pun pelik. Bagi aku semua university atau IPT kat malaysia nih sama je. Kalau wat research. Entah apa sangatla..Bukan nak rendah2kan. Ada orang wat master punye senang nak lepas..
Reply
zuhairy —> betul tu…
titan —> sebab kebanyakan research tu kurang diambil perhatian.. lebih banyak tumpu tang periksa je.. CGPA tengok markah…
Reply
Salah sebuah Universiti yang tergolong dalam 200 Universiti Terbaik Dunia dulu adalah universiti lama saya. Saya sebenarnya dah agak akan berlaku kemerosotan dalam ‘ranking’ yang baru-baru ini. Silibus yang saya belajar dulu memang tak ‘up to date’. Jurusan yang diambil lain dengan apa yang dibelajar. Kesannya ramai rakan-rakan saya yang masih mencari kerja sampai sekarang walaupun dah grad hampir 4 bulan. Bukan kerana CGPA tak bagus, tapi disebabkan ‘requirements’ yang pihak syarikat perlukan, tak diajar dalam silibus.
Reply
sy tidak setuju kepada sesiapa yg mgatakan titus james entah kemana!bagi saya titus masih hebat .jika tidak macam mana dia boleh jadi top ten scorer di divisyen one franch
Reply
Hopefully Asraruddin can show 200% sebab local talent in Belanda sememangnya banyak. Lihat ajer Kluivert, Edgar Davids, Ruud Van Nistelrooy, Arjen Robben, etc.
Semua nama2 besar nie digilap melalui system akademi di belanda yang memangnya unique pada pendapat saya.
Sayang Akmal Rizal dahulu pun tak dapat nak continue kat Perancis sebab Akmal cukup disiplin and berdedikasi. I kinda turn-off dgn liga malaysia semenjak 3-4 tahun kebelakangan nie.
Rindu zaman-zaman kehebatan dollah salleh, zainal abidin hassan, anuar abu bakar, azman adnan. Yg paling rindu ialah kehebatan lagenda seperti Supermokh, R Arumugam, Soh CHin Aun, Ghani Minat, etc.
Agak-agaknyer bila la boleh tengak malaysia kalahkan england skali lagi……..
Regards,
FutsalBiz
Reply