Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Insentif sukan SEA dorongan Farah Ann untuk Sukan Olimpik

Gimnast negara yang mencatat sejarah layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Farah Ann Abdul Hadi menyifatkan insentif sukan SEA yang diterima dari kerajaan negeri Selangor merupakan dorongan utama untuk beliau menghasilkan prestasi yang baik di masa akan datang.

Kejayaan ini menurutnya merupakan satu inisiatif baik dari kerajaan negeri bagi menyokong perkembangan atlet kelahiran negeri Selangor.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri dan mereka yang terlibat kerana sentiasa menyokong saya dan rakan atlet lain serta memberi kata-kata semangat kepada kami untuk terus menjadi yang terbaik dalam setiap sukan yang kami sertai.

“Ini juga sebagai galakan kepada kami untuk terus berusaha mencatat lebih kejayaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menerima insentif berjumlah RM15,000 susulan kejayaannya meraih tiga emas dalam Sukan SEA di Manila pada tahun lalu.

Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan insentif Sukan SEA Filipina 2019 berjumlah RM152,000 kepada 56 atlet negeri ini dalam satu majlis di sini.

Dalam temasya sukan yang berlangsung pada 30 Nov hingga 11 Dis tahun lepas di Filipina, seramai 26 atlet Selangor meraih emas, 11 atlet memenangi pingat perak manakala 15 menyumbang gangsa daripada 28 jenis sukan yang disertai mereka.

Pemenang pingat emas menerima insentif sebanyak RM5,000 bagi setiap pingat yang diraih, perak (RM3,000) dan gangsa (RM1,500), manakala jurulatih pula masing-masing menerima RM2,000.

Mengulas lanjut, Farah Ann berkata beliau kini sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Persiapan latihan sudah tentu tertumpu kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana ini adalah pertama kali saya layak ke Olimpik dan ia sangat mengujakan. Sasaran saya pada temasya sukan itu untuk buat sehabis baik,” katanya.

Farah Ann mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke sukan Olimpik di Tokyo tahun ini, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman baru-baru ini.

BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)