LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ing Yueh raih gangsa pada Piala Cabaran Duni

K UALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Atlet gimnastik wanita negara, Tan Ing Yueh melakar kejutan apabila meraih pingat gangsa pada aksi pembukaan Kejohanan Piala Cabaran Dunia (WCC) 2019 di Zhaoqing, China, hari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu mengumpul 12.625 mata dalam acara melombol pada kejohanan itu yang diadakan di Kompleks Sukan Zhaoqing, menurut laman sesawang Persatuan Gimnastik China: www.gymnastics.sport.org.cn.

Atket gimnastik dari China, Yu Linmin merangkul pingat emas dengan 14.625 mata sementara atlet dari Uzbekistan, Oksana Chusovitina memegangi perak dengan 14.325 mata.

Lebih 50 atlet gimnastik dari 11 negara mengambil bahagian pada kejohanan tahunan itu.

Selepas China, pertandingan akan berlangsung di Osijek, Croatia dari 23-26 Mei; Koper, Slovakia (30 Mei-2 Jun); Mersin, Turki (30 Ogos-1 Sept), sebelum berakhir dengan tiga peringkat pada September — Szombathely, Hungary (6-8 Sept); Paris, Perancis (14-15 Sept) dan Guimaraes, Portugal dari 19-22 Sept.

— BERNAMA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.