Selepas memungut gangsa pada hari semalam, Gimnas negara kelahiran Melaka ini menambah koleksi pingat dalam Kejohanan Piala Cabaran Dunia (WCC) 2019 hari ini.
Beliau berjaya merangkul perak dalam acara senaman lantai selepas meraih 12,900 mata ketinggalan 50 mata dari pemenang utama dari China Liu Jing xing.
Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Rachel Lau berbangga dengan kejayaan yang dilakar atlet tersebut di kejohanan berkenaan dan berharap Ing Yueh mampu meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Dia membuat Malaysia berbangga dengannya dan membuktikan skuad negara mampu melahirkan atlet gimnas bertaraf dunia.
“Kami harap, dia mampu merangkul lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.
Terdapat tujuh siri Kejohanan Piala Cabaran Dunia (WCC), di mana selepas China, pertandingan akan berlangsung di Osijek, Croatia dari 23 hingga 26 Mei; Koper, Slovakia (30 Mei-2 Jun); Mersin, Turki (30 Ogos-1 September), sebelum berakhir dengan tiga peringkat pada September di Szombathely, Hungary (6-8 September); Paris, Perancis (14-15 September) dan Guimaraes, Portugal dari 19-22 September. – UTUSAN ONLINE
Ligakampung.com mengucapkan tahniah atas kejayaan Ing Yueh yang berjaya mendapat pingat dalam acara bertaraf dunia ini.