LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Indra Putra berjaya memecahkan angka 100 gol di Liga Super

Nampaknya artikel samada Indra Putra berjaya atau tidak memecahkan angka 100 gol menjadi kenyataan. Indra yang telah berusia 38 tahun itu berjaya mencatat sejarah menjadi pemain pertama yang berjaya mencapai angka 100 gol dalam Kejohanan Liga Super. Gol ke 100 itu dilakukan ketika beliau yang beraksi untuk Kuala Lumpur melakukan jaringan cantik ketika menentang PKNS. Walaupun jaringan tersebut mencatat rekod namun keputusan tidak memihak kepada pasukan Kuala Lumpur yang tumpas dengan keputusan 2-3.

Pencapaian individu yang dicatatkan oleh beliau ini juga mendapat pujian Setiausaha Agung AFC , Datuk Windsor John yang kagum dengan pemain berasal dari Perak ini. Nampaknya keyakinan Ligakampung.com kepada Indra Putra untuk mencatatkan rekod ini terhasil juga. Sememangnya Indra masih mempunyai kudrat untuk melakukan jaringan meskipun terpaksa bersaing dengan pemain import serta pemain-pemain yang lebih muda usia darinya.

Semoga pencapaian beliau mampu menjadi inspirasi kepada pemain muda tempatan untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Ligakampung.com mahu melihat para pemain muda lain juga memasang impian untuk mendapat pencapaian seperti Indra malahan tak mustahil mampu mengatasi pencapaian hebat Indra ini. Jangan hanya kagum tetapi tiada inisiatif untuk pergi lebih baik dari Indra ini.

Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada Indra dan semoga beliau mampu untuk menambah beberapa gol lagi sebelum bersara dari arena bola sepak professional nanti. Kalau lihat aksinya, mungkin ada lagi 2-3 tahun untuk beliau beraksi dalam Liga Super ni..

Kredit Gambar : Facebook Indra Putra

Gol ke 100 IndraPutra. Saksikan di Youtube

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)