Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Tahukah anda apa itu inang-inang?? Mungkin ramai yang kurang mengenalinya.. Tapi kalau orang Melaka mestilah tahu sejenis keropok yang sering di jual di gerai-gerai tepi jalan. Ianya merupakan antar produk pelancongan negeri Melaka yang patut dibeli oleh pelancong..
Inang-inang diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna. Beras pulut akan direndam dan kemudian dikukus selama setengah jam. Sedikit pewarna diletakkan agar kelihatan menarik dan cantik. Inang-inang boleh didapati dalam empat warna iaitu merah, hijau, kuning dan oren. Inang-inang sering dihidangkan pada waktu minum petang atau sebagai kudapan. Ianya lebih kurang cam keropok dimana anda perlu menggorengnya dulu sebelum dihidangkan..

Image Hosting
Sumber Gambar :- Endautown.

Sumber Gambar :- Shuteride.com
Uploaded with ImageShack.us
Teringat masa zaman dulu-dulu, mak saya rajin buat inang-inang ni. Petang-petang memang layan makan inang-inang sambil minum teh sambil tengok cerita ‘Gaban’..
Bukan sekadar menjadi makanan kudapan. Ianya mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Saya terbaca info mengenai kejayaan peniaga inang-inang di Melaka.. Bacalah sedikit ringkasan berita tersebut.
JASIN 14 Mei – Bermula dengan sekadar menolong ibunya membuat sejenis kuih tradisional berasaskan pulut sejak berusia 12 tahun, Ab. Rahman Saleh, 51, tidak menyangka, kini kuih inang-inang buatannya itu berjaya dikomersialkan.
Beliau yang berasal dari Kampung Bukit Tembakau di sini berkata, dia tidak menyangka, perniagaan yang dimulakan arwah ibunya, Halimah Salleh secara kecil-kecilan suatu ketika dahulu berjaya diwarisinya sehingga kini.
bla..bla..bla..
Mengenai proses membuat inang-inang, Ab. Rahman berkata, pulut akan di basuh terlebih dahulu dan kemudian direndam semalaman.
”Pulut berkenaan kemudiannya dikukus dan kemudian diperap dengan bekas khas seterusnya dijemur selama seharian,” jelas beliau.
Untuk maklumat lanjut, mereka yang ingin membuat tempahan kuih Inang-inang Bukit Tembakau untuk sebarang majlis boleh menghubungi Ab. Rahman di talian 06-2618810.
Berita penuh :- Utusan
Update sikit :- 26.10.2011
RSS Feed
Twitter



May 17th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


oo..menda nie inang2…selama nie tak taw nama, main sebat jer makan..haha
Reply
Sejak terbaca blog En Zool..baru tahu banyak jugak yang menarik tentang
Melaka esply ttg makanan…Insyallah klu ada kesempatan dtg Melaka mesti nak borong Inang2 (Dah masuk dlm senarai ole2 yg perlu dibeli):)
Reply
hehe aku pun baru tahu nama dia inang2
aku ingatkan produk zoom malaysia ke apa tadi. hehe
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2009 at 22:33
biasalah.. tak semua orag tau kan..
Reply
ooooo… inang2 rupanya nama kueh ni..
kueh ke? hehe..
aku tak suka makan sangat sebab melekat kat celah gigi.
dah la gigi aku tak berapa nak ada dah.. huhu..
dah tau nama ni, boleh la buat2 tanya kat makcik kedai tu..
ntah2, makcik tu pulak tak tau kan.. :p
Reply
inag inag ke mana dia.. baru tau.. memang biasa nampak dijual di gerai di melaka sana tu..tak pernah beli lagi.. sedap ke? oops tentu lah sedap kan kalau tak, tak kan di jual ya tak hehe
Reply
oops salah eja… inang inang ke nama dia..
Reply
Aku ingatkan inang-inang ni dayang-dayang istana. Tak pun kuih puteri mandi ke. Ni rupanya inang-inang. Sebelum ni main bedal je.
Reply
Suka beli bende ni kalau ke Melaka. Tapi tak tahu nama dia. Panggil bertih warna-warni je…
Reply
ooo…itu nama dia..biasa dulu masa kecik2 adalah tibai mkn..dah besar ni last time aku rasa inang2 ni masa umur 20 thn kot..
Reply
Dah telan mmg sedap…
tapi bila tanya nama ternganga…
haha
“veteran perang” aja yang tau nmnya
haha
Reply
rupanya femes kat Melaka.
tadi baru aku jumpa kueh ni kat pasar pagi kat kotabharu.. hehe..
Reply
macam mana rupa dia. mungkin penah mkn cuma x kenal nama. takada gambar ke zool
Reply