LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Imran Danial Abdul Hazli – bakal pemain tenis antarabangsa

Sukan tenis, bukanlah satu sukan yang kuat di Malaysia. Walaupun mempunyai ramai peminat dan penonton namun dari segi pemain, negara tidak pernah mempunyai pemain berkelas dunia. Malahan untuk memasuki ATP Tour juga agak sedikit bilangannya.
Baru-baru ini seorang kanak-kanak iaitu Imran Daniel Abdul Hazli telah memberi sinar kepada sejarah sukan tenis. Imran yang berumur 10 tahun ini berjaya memenangi 2 kejuaraan iaitu bawah 10 dan bawah 11 tahun perseorangan pada kejohanan Junior Dunia Tenis Master di Turki pada bulan lalu.

imran-daniel

Beliau yang dilatih oleh bapanya yang juga bekas pemain tenis Malaysia, Abdul Hazli Zainuddin mengejutkan dunia tenis junior apatah lagi beliau beraksi secara ‘wildcard’.Ini juga merupakan kemenangan kedua selepas beliau memenangi kejohanan bawah 11 di Jerman pada Ogos lalu.
Ini merupakan kejayaan yang dibanggakan. Cuma untuk lebih jauh lagi banyak perkara yang perlu dilakukan. Untuk menjadi pemain tenis sehandal Roger Federer, Novak Djokovic latihan profesional dan pembiayaan kewangan perlu mencukupi. Menurut bapanya, Abdul Hazli Zainuddin, Imran memerlukan penajaan sekitar RM300,000 setahun bagi menampung pelbagai keperluan untuk mencorak kerjayanya pada masa hadapan.

Ia angka yang besar untuk ditanggung oleh beliau dan sudah pasti penajaan perlu bagi memastikan beliau mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa. Ligakampung.com merasakan bahawa Imran perlu dilatih di luar negara di mana akademi yang telah berjaya melahirkan pemain berwibawa.

Persatuan Tenis Malaysia juga perlu mengambil perhatian tentang ini. Mereka patut membantu Imran dan keluarganya dengan cara mencari penaja yang berkemampuan. Rasanya ia boleh dilakukan sekiranya tindakan proaktif dilakukan oleh agensi berkaitan tenis. Dengan perkembangan ini, mungkin sukan tenis boleh dimajukan sekaligus persatuan akan mula dikenali dan pasti mereka boleh meminta peruntukan kewangan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk berlatih di Malaysia, agak sukar untuk memajukan beliau. Jika di luar negara, latihan pasti lebih sempurna serta persaingan lebih kuat. Ini dapat membantu untuk melahirkan seorang pemain tenis bertaraf dunia. Mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi kita boleh lihat perkembangan Imran.
Semoga beliau dan keluarga dapat menjadikan Imran sebagai ikon sukan negara baharu.

p/s :- Kalau ligakampung.com ada pendapatan yang baik, mungkin kami boleh memberi penajaan kepada beliau. Tapi buat masa ni belumlah termampu …

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Imran Danial Abdul Hazli – bakal pemain tenis antarabangsa

  1. Saya harap ada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia yang sudi menjadi Penaja Imran Danial… Contohnya macam Air Asia, Petronas, Sime Darby, Jackel dan sebagainya..

  2. Malaysia biasanya tidak akan ketandusan atlet muda bawah 17tahun dari pelbagai lapangan sukan termasuklah tenis nie…

    Cuma bila lepas jek peringkat remaja, semua atlet nie tak perform…boleh ker kita katakan pembangunan sukan di Malaysia kurang berkesan?

    p/s:Abdul Hazli Zainuddin tak dapat jadi macam RF ata NJ @ RN pon takper laa..jadi macam kei nishikori pon dah cukup GAH punya laa Malaysia! Sebab kadang2 kita perlu letakkan perkara pada asas yg LOGIK juga…bagi saya laa… 🙂

      1. @zool, Terima kasih atas TYPO tersebut….tersangat ghairah nak komen di LK ini sampai tak perasan yg saya quote itu adalah bapa Imran Danial.. 🙂

  3. harap dia tak hanyut aje.

    muda-muda ni memang orang kita lebih power banding orang luaq sana tu.

    bila dah besaq nih..

    banyak pengaruh tak best.

    Itu yang ramai atlet kita sangkut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)