Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Impian Mun Yee merangkul pingat di Olimpik terkubur

Impian penerjun veteran negara, Leong Mun Yee untuk mendapat pingat di Sukan Olimpik tidak tercapai.
Dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, beliau yang berpasangan dengan Pandelela Rinong hanya menduduki tangga kelapan.
Meskipun bermula konsisten pada dua terjunan awal namun aksi goyah pada baki tiga terjunan menyebabkan mereka gagal untuk menaiki podium.

Mata dirah sekadar 277.98 berbanding penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang menampilkan aksi cemerlang dengan memungut 363.78 mata.
Pingat perak diraih oleh peserta Amerika, Jessica Parrato dan Delaney Schnell dari Amerika Syarikat dengan kutipan 310.80 manakala Mexico mendapat gangsa dengan melalui pasangan Gabriela Agundez-Alejandra Orozco yang memungut 299.70 mata.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan penerjun negara. Meskipun gagal meraih pingat , kami di Ligakampung tetap berbangga dengan khidmat Leong Mun Yee yang telah mewakili Malaysia dalam temasya Olimpik ini.
Mungkin tiada kalungan pingat tapi sudah pasti ada kenangan bersaing di tahap tertinggi.

  • AGENSI
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)