Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Nampaknya cuti sedikit panjang sehingga Isnin.. Dan sudah pastinya ramai yang akan bergerak untuk menjalankan aktiviti masing-masing..

Dalam minggu ini sebenarnya saya banyak mempelajari tentang paypal dan debit card.. Almaklumlah ini semua kerana kawan saya membeli barang di ebay.com tanpa usul periksa.. Dan pembayaran barang tersebut hanya menggunakan paypal sahaja.. Nasib baik saya ada akaun paypal.. Tapi masih belum setel kerana paypal saya belum di’verified’.. Sekali lagi bernasib baik kerana saya memiliki public bank debit card.. Ops belum setel lagi.. Kena masuk kod plak tu.. Pening kepala mencari sana sini akhirnya berjaya diselesaikan dengan bantuan awekz customer service Public Bank.. Dan dengan bantuan samdaddycool pembelian tersebut berjaya dilaksanakan..

Hm… nampaknya minggu ini saya menggunakan paypal untuk proses transaksi… Walaupun telah mendaftar sejak tahun 2005 tapi saya masih belum menggunakannya.. Almaklumlah program-program yang disertai belum membuahkan hasil jadi kantung paypal pun sikit je… Walaubagaimanapun pelajaran minggu ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada saya untuk lebih serius untuk mendapat sedikit ‘income’ paypal.. Ditambah dengan perkenalan dengan ‘Titan‘ pakar paypal, melalui ym.. Harap-harap dapat mencuri ilmu beliau… He he he….

Ops mana citer debit cardnya ?? He he he..Hari ini juga saya mendapat satu perkara baru.. Sebenarnya no pin kad debit kad tidak dijumpai oleh saya.. Pihak bank memaklumkan bahawa pin tersebut telah dihantar pada hujung bulan 9 tapi masih tidak sampai.. Jadi saya hampir membuat keputusan untuk menukar kad ( pihak bank akan menukar kad baru jika kehilangan no pin).. Walaubagaimanapun saya diselamatkan oleh pernyataan awek dalam telefon tersebut bahawa duit dalam debit kad tersebut boleh dikeluarkan di kaunter.. He he he… Jangan gelakkan saya ye.. Saya budak baru belajar…. Mendengar pernyataan berikut menyebabkan saya terasa bahawa tiada maknanya kalau saya membuat kad baru,… Ini kerana saya perlu menunggu lagi dan sudah pasti perlu melakukan perkara-perkara yang menuntut masa..Jadi saya teruskan dengan kad tersebut.. Tak kisahlah sekadar tak boleh keluar kat ATM.. Lagipun Public Bank dengan tempat kerja saya hanya dalam 5 km sahaja.. Takde hal la tu.. Secara jujurnya saya menyangka yang wang dalam debit card hanya boleh digunakan dengan pembelian ( seperti kredit kad) ataupun dengan menggunakan ATM sahaja.. Malunya saya. Namun ianya menjadi pelajaran baru kepada saya yang masih kecil dalam bidang pencarian duit di internet ni… Semoga ilmu ini akan membantu saya untuk menambah akaun ASB yang masih jauh untuk mencapai 5 angka..

Okaylah cukup setakat ini.. Gambar dibawah merupakan koleksi gambar ketika saya bertugas menyemak status sewaan rumah pangsa di Negeri Melaka.. Kalau nak tengok gambar besar boleh klik …

Tags: , , , ,

13 Responses to “Ilmu debit card PB dan gambar keje”

  1. Salam, wah masih ada prob ngan no pin? kita x dpt terus ke no pin tuh mcm kad ATM?.. susah la nak berurusan kalu jd camni..

    [Reply]

  2. rasanya boleh je wat kad baru tapi pakai nombor asal. kalau tak silap la..

    [Reply]

  3. Debit card ni ade caj tahunan tak? Emm.. terasa nak apply pulak..

    [Reply]

  4. aku nyer paypal masih blum verified..

    [Reply]

  5. nurusha –> awekz dalam tepon kata kad baru dan no baru.. baru je verified.. takkkan nak ganti baru..
    jimmy –> ada caj tahunan.untuk Public Banklah.. dalam berbelas inggit.. kalau Al Radjhi..AMBank tak tau plak
    amanz –> he he.. takkan taiko blogger tak verified kot

    [Reply]

  6. alahai. nape la aku tak baca awal2 psl paypal n debit card tu..

    da buat debit maybank baru tau kekurangan nye..

    takpela.. nnt2 jela wat PB nye..

    [Reply]

  7. Public debit card paling bagus esp if u nk transfer duit from paypal to local bank.

    [Reply]

  8. aku dah register dgn paypal 3 tahun lepas tapi masih belum verified. aku boh no kad kredit aku, tapi dia tak accept. ciss… tak laku agaknya kad kredit aku. tensen-tensen

    [Reply]

  9. Adehhh… kesiannya ramai plak yang masih lagi hadapi masalah nak verified Paypal ni. Aku pun dulu macam korang jugak. Berbulan-bulan hadapi masalah yang sama sampai rasa macam nak nangis pun ada.

    Tapi akhirnya semua masalah nak verify Paypal selesai juga dengan Ambak NExG card. So kalau ada sesaper yang masih lagi BLUR ataupun dah fed up tahap cipan untuk selesaikan masalah sepanjang zaman ini, aku ada sediakan report dan juga tutorial yang complete giler untuk korang ikut.

    Semuanya dah siap, dari langkah pertama korang keluar rumah sampailah verified. Semuanya ada di sini (sorilah kalau English aku berterabur… maklum sajalah):

    http://www.post-buzz.com/2007/.....nexg-card/

    [Reply]

  10. am punya paypal dah lama verified.. cuma dulu pakai caditcard abang am.. la ni am cari solution untuk keluarkan duitnya.. masih berkira2 sama ada nak pakai
    pb card
    tunemoney
    atau alrajhi.. - rasanya al rajhi kot sebab dapat buka akaun sekali cuma rm50 je.

    [Reply]

  11. nk mudah verified paypal try pakai VCC (Virtual Credit Card), akaun paypal aritu baru je verified x smp 5 minit..huhu.. VCC boleh dibeli, harga dalam rm40, ada yang murah sket rm35, depend pada penjual la..

    [Reply]

  12. aku pon ada paypal verified gak…tp guna CC…nanti aku nak link pegi DC al rajhi aku la plak…

    [Reply]

  13. aku sarankan untuk sesiapa yang nak guna paypal jangka panjang, carilah kad debit Malaysia. Kalau guna VCC ada expired date… membazir.. asyik nak vcc je.

    Tapi kalau nak cepat (urgent) memang vcc lah jawabnya. ramai orang boleh buat servis vcc sekarang.

    p/s - zool lupa nak kirim salam ‘awek’ public bank tu.. :P

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>