Ikan keli panggang yang mantap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin ada di antara anda yang mengetahui bahawa di rumah saya ada terdapat kolam ikan keli. Hari ini saya ingin mencuba idea ikan keli panggang berdasarkan resipi yang diambil di internet. Bukan mudah untuk menangkap ikan keli ini walaupun lokasinya hanya berada di dalam kolam. Disebabkan oleh kelicikan ikan tersebut maka saya memerlukan . bahan seperti penangguk, baldi untuk menjalankan proses menangkap ikan. Dengan air yang penuh dan keruh sukar untuk melihat pergerakan ikan jadi terpaksa mengeluarkan air tersebut.

Apakata anda layan sahaja gambar-gambar yang disnap ..

Photobucket
Inilah bahan-bahan yang disediakan. Penimbang tersebut disediakan kerana terdapat jiran yang ingin membeli sekilogram ikan keli..

Photobucket
Setelah air dikeluarkan dari kolam barulah bayang-bayang ikan kelihatan. Tapi masih sukar untuk nak menangkapnya dalam keadaan ni..

Photobucket
BDFabregas merupakan penangkap ikan keli yang handal.

Photobucket
Hasil tangkapan di masukkan dalam baldi bagi memudahkan proses seterusnya. Tengok gambar ni, putih plak kaki si Zool kan.. he heheheh..

Photobucket
Ini hasil pertama hari ini.. Kesiannya tak lama lagi akan menjadi santapan perut manusia..

Photobucket
Nak rasa yang asli mestilah guna kayu api.. Anda tau camne nak hidupkan api? Rasanya budak-budak era moden ni tak reti nak hidupkan kayu api ni.. Almaklumlah semua pakai dapur gas. Tak pun guna oven, microwavekan..

Photobucket
Bagi memudahkan proses kematian ikan keli tersebut, garam ditaburkan.. Nampak cam kejamkan tapi kalau tak ikan keli ni susah nak mati.. Walaupun takde air pun ambil masa untuk menghembus nafas terakhir..

Photobucket
Melumurkan ikan keli yang telah siap disiang dengan kunyit dan garam sambil diperhatikan oleh emak..

Photobucket
Ikan dipanggang dalam jangkamasa lebih kurang setengah jam. Kena jaga api kalau terlalu besar boleh hangus ikan tu.. Selain tu kena rajin pusing-pusingkan agar bahagian masak tu rata ye…

Photobucket
Beginilah keadaan ikan keli yang dipanggang.

Photobucket
Ikan yang sudah selesai dipanggang bersama dengan kuah yang resipinya diambil dari internet.

Photobucket
Ikan yang bercampur dengan kuah. Sedia untuk dimakan..

Photobucket
APa lagi makan dengan lahapnya lah..

Photobucket
Akhrinya beginilah keadaan ikan keli tersebut. Licin tinggal tulang sahaja..

Nampaknya untuk ‘masterpiece’ kali ini saya dapati ada kekurangan dari segi kuahnya. Dalam ramuan kuah tersebut terdapat santan, kerisik, cili api, garam dan bawang. Saya dapati mungkin santan dan kerisik tidak menepati selera saya. Mungkin untuk masa akan datang saya akan mencari yang lebih baik. Sebenarnya kalau guna kicap masin campur dengan cili padi pun dah memadai tapi saya sekadar mencuba sesuatu yang baru…
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3100
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Ikan keli panggang yang mantap”

  1. topoNo Gravatar says:

    terliur plak aku tengok.. cisdel.. hahaha

    Reply

  2. Dr HouseNo Gravatar says:

    Memang peberet aku ikan keli ni. Ikan keli masak apa pun sedap. Memang cara bakar duduk hierarki teratas la bagi ikan ni dalam menu aku.

    Reply

  3. nikzNo Gravatar says:

    sedap… jom g makan kat tanjung harapan jap lagi

    Reply

  4. menteilNo Gravatar says:

    huhu… malam nie turn aku pulak bakar membakar nie.. baru balik beli barang.. penatnye…

    Reply

  5. beliamudaNo Gravatar says:

    pergh. segar dari kolam. :D

    Reply

  6. paehNo Gravatar says:

    ayor asam mane. xkan ratah rupe gtu aje. hahaha

    Reply

  7. mohdhanifNo Gravatar says:

    haha sedapnye…..masa kat kampung dulu pernah kena sengat sekali,taubat smpai sekarang x berani nak pegang…

    Reply

  8. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Fuiyoo.. Keli panggang, nampak best tu… Lain kali aku gi Jasin ko kena buat sekali.

    p/s- lama gak tak pergi Jasin..

    Reply

Leave a Reply