Idea menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni rasanya elok saya menulis topik yang agak santai.. Almaklumlah kebiasaannya hari Sabtu dan Ahad pengguna internet berkurangan berbanding hari kerja jadi rasanya elok topik yang mudah untuk dibaca..

Sebenarnya saya terasa nak melontarkan tajuk-tajuk di atas selepas mendapat pujian (mungkin kot) dari beberapa pembaca.. Mereka bertanya dari mana saya dapat idea untuk menulis?? Secara jujurnya saya pun tak nampak kehandalan saya menulis pun.. Sebab boleh dikatakan kebanyakan penulisan dalam artikel ini lebih banyak kepada pen’canai’an ilmu-ilmu yang digarap dari internet.. Sebagai contoh, kalau menulis pasal hal-hal pertanian, saya sebenarnya menggunakan website seperti wikipedia, jabatan pertanian untuk melambakkan ayat-ayat dalam sesuatu artikel.. Cuma kadangkala saya menulis berdasarkan kemampuan neuron-neuron di otak yang diaktifkan. Malahan untuk pengetahuan anda semua, ada juga pembaca yang baik hati memberikan saya artikel ( yang sedikit sebanyak ditambah perisanya)..

Memang saya akui semenjak bercinta dengan siapa ? blog, otak sentiasa berjalan. Sering sahaja memikirkan apa yang ingin ditulis samada dari aspek informasi, emosi, kerusi, sastera dan gambar-gambar. Dan ianya sedikit sebanyak memberikan saya motivasi.. Jika sebelum ini, keber’angan’an saya sekadar menjadi satu pembuangan masa namun kini ianya dijanakan di blog ini untuk perkongsian bersama.. Makin melalut plak ek.. Dah rasa cam Amir Raja Lawak plak.. Merapu tak tentu arah..

Okay sebelum ditutup tirai artikel ini, saya ingin berkongsi bagaimana saya mencari idea untuk menulis blog ini..

1. Yang pertama sudah pastilah ianya datang dari Allah. Tanpa izinNya mustahil untuk saya berfikir entri-entri untuk dipaparkan..
2. Mencari .. Bukan mencari awek plak, dan bukan juga lagu Kembali Mencari -Ukays.. Tapi mencari isu-isu dan informasi yang boleh dikongsi bersama.. Walaupun kadangkala informasi tersebut bukan bidang saya namun tak salah dikongsi.
3. Ambil gambar.. Hm.. kadangkala gambar membawa seribu pengertian.. Walaupun saya sekadar menggunakan kamera digital murah namun idea boleh terhasil dengan pemandangan di gambar yang mampu merasuk pembaca.. Ha ha ha.. gile ayat.. Tak caya tanya Acai…
4. Menceduk idea orang.. Yang ini pun selalu saya lakukan.. Tapi kena bijaklah ek.. Ambil sedikit idea mereka dan pulasan.. Kadangkala dengan olahan idea mampu lebih mantap dari ‘owner’ asal.. Er sesiapa yang terkena jangan saman saya..
5. Mimpi.. ha ha ha.. kadangkala mimpi pun boleh jadi idea menulis tau.. Tapi secara jujur saya belum mengunakannya sebab saya selalu lupa apa mimpi .. Walaupun kadangkala menarik.

Ok rasa cukuplah setakat ini.. Anda semua pun nak berehat-rehatkan sambil minum teh O limau ais.. Jadi rehatkan minda.. Tenangkan fikiran, kita tidur.. Zzzzzzzzz….zzzzzzzz…

p/s :- Teka teki bingung.. Kenapa nama saya ada 3 ‘Z’? Cuba renung dan tembakkan.. Idea 99% asli dari kepala otak yang comel ni…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :626
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Idea menulis”

  1. cikF~No Gravatar says:

    sy suke tgk2 blog org supaya sy bleh gelak=)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    amacam?? boleh gelak??

    Reply

    syiaNo Gravatar Reply:

    blog apa yg lawak ye? URL?

    Reply

  2. Azhar AhmadNo Gravatar says:

    Kalau saya pulak, suka memandang sekeliling, mendengar, dan merasa. Mesti ada idea punya….

    Reply

  3. amanNo Gravatar says:

    kalo aku, kena gi jalan-jalan kat blog-blog lain, baru dapat idea nak tulis..hehe

    Reply

    !x0r@No Gravatar Reply:

    lagi banyak saya jalan-jalan kat blog orang, lagi hilang idea saya.hahahaha. saya kena update blog dulu baru boleh jalan-jalan kat alam maya.huhu

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    aku kadang2 main belasah tulis adjer hehe
    tapi lagi best kalau aku boleh tulis pasal jalan2 carik makan or cuti2 malaysia. eheh :)

    Reply

  5. AdilaNo Gravatar says:

    aku plak slalu tulis ikut mood haha

    Reply

  6. en_meNo Gravatar says:

    gittewww yerrr.. salammmz abang zool dr me dikejauhannnns

    Reply

  7. zinoNo Gravatar says:

    zino menulis dari idea yg datang spontan.. .. kisah persekitaran.. dari apa yg di baca di lihat di perhati dan di alami sendiri.. sengaja tak mau menyentuh soal yg berat2.. soal politik dan sebagai nya.. mudah di baca oleh seluruh lapisan masyarakat.. zino peratikan setiap blogger ada gaya masing masing.. stail masing2.. yg menyebabkan blog di di kunjungi selalu..

    Reply

  8. [...] internet berkurangan berbanding hari kerja jadi rasanya … Go here to see the original: Idea menulis Tags: amo, asisten-pembangunan, badan, badan-statistik, data-base, januari, Manga, pembangunan, [...]

  9. budeenNo Gravatar says:

    idea aku plak selalu terselit kat draft.. :)
    kekadang plak idea ada tapi masa plak menghalang..

    Reply

  10. MIJINo Gravatar says:

    Tahniah zool,teruskan usaha berblogging anda :)

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

    Reply

  11. Ziela ZieNo Gravatar says:

    Saya rasa kalau dalam penulisan blog ini, tiada istilah ceduk-menceduk. Memang satu tanggungjawab seorang blogger untuk memberikan info yang bermanfaat kepada pembacanya. Tetapi, dalam masa yang sama menceritakan pengalaman untuk dikongsi bersama. Sebagai seorang yang memiliki blog, saya faham kadang-kadang susah juga hendak mencari ilham tetapi, apabila ilham itu datang, janganlah dilepaskan begitu sahaja. Selagi boleh tulis kita tulis. Buat saudara, syabas dan tahniah kerana berjaya hasilkan blog yang mampu menarik minat.

    Reply

Leave a Reply