LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hukuman Penggantungan Sazali Kekal

Jaguh bina badan negara Sazali Samad mungkin boleh memikirkan kembali kariernya selepas hukuman penggantungan empat tahun kekal selepas rayuan kes doping ditolak oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM).
Sazali yang membuat rayuan kedua kepada PBBM selepas dijatuhkan penggantungan bermula September 2015 selepas didakwa gagal ujian doping susulan penggunaan makanan tambahan yang mengandungi steroid.

PPBM menerusi panel sisasatan mendapati rayuan kedua tidak mempunyai bukti kukuh bagi meringankan hukuman.
“Kami sudah memaklumkan kepada peguamnya di mana ahli Jawatankuasa Rayuan PBBM telah menolak rayuan keduanya.

“Secara dasarnya, dia mengutarakan perkara yang sama, termasuk dua perkara baru yang mengaitkan isu angkat berat.

“Kami tiada kaitan dengan (persatuan) angkat berat, oleh itu kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tentang apa yang diutarakan itu.

“Dia baru setahun lebih digantung, ahli jawatankuasa rayuan menolak rayuannya kerana berpendapat alasan yang diberikannya kurang kukuh,” kata Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir.

Ligakampung.com tumpang bersimpati dengan keputusan ini namun secara dasarnya bersetuju dengan keputusan panel. Ia bukan satu kes kecil sekiranya membabitkan Steroid yang telah diketahui bahan terlarang dalam bidang sukan.
Semoga ia menjadi pengajaran terutama kepada atlet muda di luar sana kerana ia boleh memberi kesan kepada karier selamanya.

Kepada Sazali, semoga ianya menjadi pengajaran dan beliau perlu membersihkan kembali nama atau boleh bersara dalam arena sukan ini. Apapun ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan terbaik untuk masa depannya.

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Hukuman Penggantungan Sazali Kekal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)