LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hukuman FIFA ke atas FAM berkaitan kes rusuhan 8 September

Persatuan bolasepak Dunia, FIFA telah mengambil keputusan atas tindakan penyokong bolasepak Malaysia ketika perlawanan menentang Arab Saudi pada 8 September lalu.
Insiden yang dicetuskan oleh sebilangan penonton Malaysia akibat kepincangan barisan pemain bolasepak negara ketika menentang UAE tempohari menjadi berita hangat. Bukan sahaja isu itu meletup di negara sendiri, ianya menjadi perbualan di seluruh dunia.
Ketika itu ramai yang memandang apa sudah jadi dengan penyokong Malaysia. Kalau ikutkan keputusan dan perlawanan menentang Arab Saudi, tidaklah teruk sangat berbanding ketika aksi di Dubai, namun tindakan penyokong amat mengejutkan. Ketika perlawanan hampir tamat, padang menjadi gegak gempita dengan mercun dan flares yang bertaburan.

saudi-arabia-vs-mas

Sehingga isu ini mengundang persoalan samada campurtangan pihak kerajaan perlu atau tidak. Namun risiko campurtangan akan menyebabkan industri bolasepak akan terhenti untuk beberapa tahun akibat digantung FIFA. Komiti Displin FIFA dalam satu kenyataan memberitahu bahawa insiden itu adalah dibawah tanggungjawab FAM. Untuk perlawanan seterusnya menentang UAE pada 17 November nanti, pasukan Malaysia akan bermain tanpa penonton.
Selain itu, badan induk bolasepak negara itu juga dikenakan denda 40,000 Swiss francs ($40,000) dan diberikan amaran keras. Komiti juga sebulat suara mengesahkan bahawa keputusan perlawanan ditetapkan dengan keputusan Malaysia tumpas 0-3 kepada Arab Saudi.

Nampaknya mungkin pemain Malaysia akan bermain lebih tenang di gelanggang kosong bagi menentang UAE. Tiada alasan untuk mereka tumpas teruk seperti ketika mereka bertandang di gelanggang lawan. Mungkin juga kejutan boleh dilakukan oleh barisan pemain Harimau Malaya pada 17 November nanti. Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk FAM, Ultras Malaya, media masa dan penyokong-penyokong di luar sana. Mungkin ada yang merasakan hajat mereka tercapai apabila FAM dikenakan denda.
Tapi adakah berbaloi? Renung-renung dan fikirkan sekiranya kita sayang pada sukan Bolasepak Malaysia. Mungkin anda mempunyai pandangan sendiri..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Hukuman FIFA ke atas FAM berkaitan kes rusuhan 8 September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)