Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Seperti yang dinyatakan sebelum ini diramalkan bahawa cuaca panas yang melanda bakal berlanjutan hingga hujung bulan ini. Walaubagaimanapun ramalan terbaru oleh Jabatan Meteorologi menjangkakan bahawa taburan hujan akan mula meningkat mulai minggu hadapan.

Berikut merupakan kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia
Hujan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dijangka bertambah mulai minggu depan dan kembali normal menjelang April.
Bagaimanapun, keadaan cuaca yang kering di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga bulan depan dengan jangkaan hujan berkurangan sebanyak 20 hingga 30 peratus dari paras purata.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, di Sabah, cuaca kering dijangka berterusan sehingga Mei, dengan bahagian pedalaman, pantai barat dan Labuan dijangka menerima hujan 20 hingga 40 peratus kurang dari paras purata.
Bahagian-bahagian lain pula dijangka menerima hujan pada paras normal.
Sementara itu, seluruh Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata untuk sepanjang April hingga Jun.
Sumber :- Utusan
Alhamdulillah, kenyataan ini mungkin memberi sedikit kelegaan kepada kita semua. Di sekitar Melaka, kadar taburan hujan masih rendah. Hujan masih agak malu-malu lagi untuk menurunkan diri ke bumi. Cuma hujan sekejap-sekejap yang tidak memberi kesan sangat kepada kadar kelembapan tanah .. Mungkin ianya sebagai pengenalan sebelum ianya menujah ke bumi dan memberikan rahmat. Almaklumlah kepanasan yang melanda ni memang memberi kesan kepada fizikal dan mental. Jika tidak berhati-hati dan menjaga kesihatan, banyak penyakit yang akan menyerang…
Okay, cukup setakat ini. Nampak seperti guruh sedang berbunyi tapi belum tentu hujannya lagi. Jangan pula jadi seperti pepatah ‘ dengar guruh berbunyi, air ditempayan dicurahkan’..
RSS Feed
Twitter



March 12th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


SalaAm..
Dah start hujan di Perlis hari ni.. Akhirnya.. Patutlah pagi tadi sejuk lain macam. Sampai menggigil dalam kelas..
Reply
Hujan memberi rahmat, juga menduga iman penoreh getah, nelayan dan pelbagai golongan lagi..
Reply
zool
Reply:
March 13th, 2010 at 18:49
yup… ada yg gembira dan ada yg berduka..
Reply
ALhamdulillah..kurang sikit panas…tapi jangan lebih hujan nanti orang merungut plak..
Reply
zool
Reply:
March 13th, 2010 at 18:50
ye.. hujan lebih takut banjir plak.. menganggu kerja harian plak
Reply
Saya tertunggu2 juga hujan di sini.. Tak berapa tahan dengan panas ni.. Rasa menusuk2 tajam panasnya.. Haih.. “Hujan oh hujan, kenapa tak mau turun?”
p/s: first time leaving comment here..
Reply
zool
Reply:
March 13th, 2010 at 18:55
tq for comment.. kat sini dah mula hujan ni..
Reply
skarang, kat kl hampir setiap ptg hujan. so, time nak blk kje kne lincah. klau x kne tgkap basah. haha
Reply
zool
Reply:
March 14th, 2010 at 13:17
hohohoho.. kena lincah tu yg tak tahan tu…
kena belajau silat lincah tu,,
Reply
kat KL ni baru semam ujan. tu pun sejam je. alahaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
xpe rr dari xujan lgsg ngeeee
Reply
zool
Reply:
March 14th, 2010 at 13:19
semalam ujan gak.. dlm sejam gak,… ari ni tak ujan plak..
Reply