LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hoki wanita buru kelompok empat terbaik Piala Asia 2017

Selepas barisan pemain hoki lelaki negara mencatat keputusan membanggakan dalam Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Bangladesh, kini giliran skuad hoki wanita pula bakal beraksi.
Pasukan hoki wanita bukanlah berada dalam kelompok empat terbaik dalam ranking berbanding hoki lelaki namun ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah meletakkan sasaran untuk pasukan negara berada dalam kelompok empat terbaik dalam kejohanan yang berlangsung 28 Oktober hingga 5 November ini.

Kejohanan yang berlangsung di Kakamigahara, Jepun itu merupakan perlawanna penting dalam usaha pasukan untuk mendapatkan slot kelayakan ke Piala Dunia 2018.
Dalam kejohanan Piala Asia 2017, skuad hoki wanita negara telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan India, Singapura dan China mankala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Kazakhstan.
Kalau ikutkan dalam peringkat Kumpulan itu, skuad negara tidak bermasalah besar untuk menumpaskan Singapura namun perlu mencatat kemenangan ke atas pasukan India mahupun China. Ia bukan satu tugas yang mudah namun boleh dilakukan sekiranya terdapat perancangan yang baik oleh jurulatih dan para pemain.

 

Makluman :-
Dalam perlawanan persahabatan pasukan negara berjaya mengikat Jepun dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan Khamis dan tumpas 1-2 kepada India pada perlawanan pemanas badan Rabu lepas.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Hoki wanita buru kelompok empat terbaik Piala Asia 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)