LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hoki Trofi Juara-juara Asia 2016 : Malaysia benam China

Kejohanan hoki trofi Juara-juara Asia 2016 menyaksikan pasukan Malaysia memulakan aksi yang baik. Selepas berjaya menundukkan Pakistan dengan keputusan 4-2 pada perlawanan pertama, skuad negara memastikan kemenangan ke atas China dengan keputusan 5-1.
Pasukan Malaysia berjaya memperoleh 2 gol melalui Haziq Samsul pada minit ke 6 dan 20, Fitri Saari pada minit ke 22, Shahril Saabah pada minit ke 37 dan Firhan Ashari pada minit ke 54. Pasukan China yang membariskan pemain muda, mendapat gol pada minit ke 33 melalui Wang Bowen.

Walaupun bermula baik namun pasukan hoki negara perlu berhati-hati pada perlawanan seterusnya menentang Jepun pada Ahad ini. Sasaran untuk menempah ke separuh akhir semakin hampir untuk digapai namun jika terlalu yakin boleh memusnahkan impian. Jika pada edisi sebelumnya, pasukan negara hanya mengapai Gangsa diharap pada edisi kali ini yang diadakan di Stadium Hoki Kuantan akan memberikan kilauan yang lebih baik.
Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)