Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018 :Malaysia sekali lagi dibelasah

Nampaknya momentum kemenangan ketika menentang Argentina pada perlawanan ketiga tidak dapat diteruskan oleh skuad hoki negara.
Selepas tewas teruk di tangan India dengan keputusan 5-1 pada Rabu lalu sekali lagi Malaysia diaibkan oleh pasukan lawan. Kali ini terpaksa akur ditumpaskan dengan keputusan 2-7 di tangan England.

Seawal minit ke 11 skuad Speedy Tigers dihukum oleh skuad hoki England melalui jaringan Mark Gleghome. Biarpun Malaysia cuba mengandakan serangan namun England menjaringkan sekali lagi kali ini melalui Ollie Willars.
Minit ke 14 pula menyaksikan Barry Middleton menjaringkan gol untuk menamatkan suku pertama dengan keputusan 0-3 buat skuad tuan rumah.

Harapan untuk bangkit pada suku kedua lebur apabila Middleton sekali lagi menjaringkan gol keempat. Pemain England terus menghukum kelemahan benteng Malaysia apabila Sam Ward menjaringkan gol kelima dan keenam sebelum Mark Gleghorne menyumbat gol ketujuh.
Malaysia akhirnya mendapat gol saguhati melalui deflection pukulan sudut penalti melalui penyerang , Tengku Ahmad Tajuddin dan percubaan solo dari Muhammad Marhan Mohd Jalil menyaksikan keputusan berakhir dengan 2-7.
Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat dan perlu berdepan Argentina sekali lagi untuk perebutan tempat ketiga-keempat.

Hari terakhir saingan esok dimulakan dengan aksi penentuan tempat kelima-keenam di antara Ireland dan India, diikuti pertembungan Malaysia dan Argentina, sebelum Australia dan England berentap untuk kejuaraan.

Keputusan lain:

Ireland 3 India 2
Argentina 1 Australia 3

Admin menonton aksi ini di ASTRO Arena dan agak menyedihkan apabila benteng terlalu rapuh. Bukannya Malaysia tidak menyerang namun gol-gol yang dibolosi menyebabkan moral pemain goyah. Penyerang seperti Faizal Saari nampak seperti buntu untuk berbuat sesuatu manakala barisan tengah seperti tumpul dan banyak memberikan ruang kepada pihak lawan.
Diharap pemain Malaysia perlu memberikan aksi terbaik dalam perebutan tempat ketiga-keempat hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives