LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas kepada New Zealand

Kejohanan hoki berprestij tempatan, Piala Sultan Azlan Shah tahun 2015 bermula pada hari ini. Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan Malaysia menentang pasukan New Zealand yang berlangsung di Stadium Hoki Ipoh, Perak ini berlangsung pada jam 8.00 malam.
Pasukan hoki negara yang dibimbing oleh Tai Beng Hai ini bermula dengan langkah kiri apabila tumpas ke atas pasukan di tangga ke 7 dunia manakala skuad negara berada di ranking ke 12 dunia.

Pasukan Malaysia tumpas dengan keputusan 2-4 pada pasukan New Zealand. Jaringan pasukan New Zealand dilakukan oleh Haig pada minit ke 3, Child minit ke 5, Haywood minit ke 55 dan Neal pada minit ke 58. Pasukan Malaysia pula mendapatkan gol melalui Ramadan pada minit ke 21 dan Shahrun Nabil pada minit ke 52.

hoki-malaysia-vs-nz
Secara keseluruhannya pasukan Malaysia bermain baik pada suku ke 3 dan ke 4. Selepas bermula dengan perlahan, pasukan New Zealand berjaya mendapatkan 2 gol pantas pada awal permainan. Pasukan Malaysia hanya mula memberikan tentang pada suku ke 3 apabila berjaya mendapatkan gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada suku ke 4.
Namun kelekaan benteng pertahanan dihukum oleh pasukan New Zealand untuk mendapatkan 2 gol sekaligus mendapatkan 3 mata penuh bagi perlawanan pertama.

Selepas ini, pastinya perlawanan yang lebih mencabar kerana perlu bertemu gergasi hoki, Australia. Semoga kelemahan yang dilakukan hari ini dapat diperbaiki oleh jurulatih dan para pemain terutama di barisan serangan yang tumpul dan tidak bernasib baik. Banyak peluang yang tidak dapat diterjemahkan sebagai gol akibat terkena palang dan gopoh membuat keputusan.

Keputusan Penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 5.4.2015

MAS vs NZ 2-4

India vs Korea 2-2

Australia vs Canada 7-0

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas kepada New Zealand

  1. Bukan nak nafikan kepakaran tan beng hai, cuma jika pasukkan hoki malaysia nak berjaya kalahkan pasukan2 gergasi hoki dunia seperti australia, jerman, spain dan lain2….kita perlukan kepakaran dari tenaga jurulatih import.

    Lihat masa paul revington pegang bersama arul selvaraj, game serta tempo hoki malaysia agak berbeza berbanding sekarang.

    Harap KHM dapat lihat semula aspek ini jika ingin melihat kita melangkah jauh dalam arena hoki…

    p/s: Nak tunggu bola dapat masuk 15 terbaik dunia entah bila kan..bila hoki ada jadi laa.. 😀

    1. @si bongkok, memang camtu le.. rasanya kena ada coach luar baru pemain lebih respek kot..
      game tadi agak kucar kacir pada awal dan akhir..
      penalti corner pun dapat kurang dari 3..

  2. saban tahun kalah jer cuba tukar corak permainan atau strategi baur boleh menang.rasa rugi kalau piala ada jatuh ke pihak orang luar …sedih..

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)