Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hoki Hero Piala Asia 2017 – Malaysia berpuas hati selaku naib juara

Pasukan hoki negara perlu diberikan kredit selepas berjaya menjadi naib juara kejohanan Hoki Hero Piala Asia 2017. Pasukan hoki negara yang belum pernah layak ke akhir sebelum ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu pasukan India.
Pada aksi awal, pasukan negara dikejutkan dengan jaringan seawal minit ke 3 oleh Ramandeep Singh. Ini sedikit menggusarkan peminat tempatan yang masih teringat dengan keputusan 2-6 dalam perlawanan peringkat pusingan Super 4.
Jaringan kedua India melalui Lalit Upadhyay pada minit ke 29 menyaksikan pasukan negara mula memperkemaskan aksi.

Usaha untuk mendapatkan jaringan terhasil apabila pemain penyerang negara, Shahril Saabah berjaya mendapatkan gol pada minit ke 50. Usaha pasukan negara untuk mendapatkan gol penyamaan tidak kesampaian apabila skuad India ampuh bagi mengelakkan gol mereka dibolosi.
Tahniah kepada pasukan hoki negara. Walaupun tumpas namun ianya petanda terbaik bagi pasukan negara untuk aksi di Piala Dunia tahun hadapan.

Dengan aksi ini menunjukkan mereka mempunyai mentaliti yang baik walaupun sebelum ini ditumbangkan dengan jaringan yang besar sebelum ini.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Hoki Hero Piala Asia 2017 – Malaysia berpuas hati selaku naib juara

  1. Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki Malaysia.. Semoga dengan kejayaan ini akan dapat menaikkan lagi semangat atlet-atlet hoki Malaysia untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)