Hobi – berfaedahkah untuk anda??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ..

Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kepada pemilik blog Malacca Bloggers kerana menyenaraikan blog ini dalam senarainya.. Tak sangka plak blog yang berbahasa Melayu ini dikenali pembaca berbangsa lain.. Tq for your concern (speaking London sikit) …Untuk makluman kepada blogger Melaka dan sekitarnya kemungkinan mereka akan menganjurkan gathering bagi blogger satu Melaka.. Mungkin boleh join bagi mengumpulkan idea dan memupuk muhibah sesama blogger…

Saya yakin kita semua mempunyai hobi..Hobi kadangkala memberikan manfaat terutamanya bagi mengisi masa lapang.. Kadangkala hobi juga mampu membantu kita mendisplinkan diri.. Ye lah jika kebiasaannya tido dan makan menjadi keutamaan dengan terlibatnya sesuatu hobi akan mengurangkan kadar waktu tersebut..

Mungkin juga ada antara kita yang tiada hobi khusus dalam kegiatan harian mereka.. Ada beberapa hobi yang boleh menjadi aktiviti harian anda.. Antaranya ialah :-

1. Bersukan.. Ini merupakan hobi yang biasa sekali dikalangan kita.. Dengan bersukan anda mampu menambahkan stamina selain itu dapat menyihatkan badan.. Tetapi ada juga sukan yang tak mendatangkan faedah iaitu ‘SPort Toto’.. Mengabih duit adalah.. 2.Artistik.. Ada individu yang dikurniakan bakat dengan nilai-nilai artistik seperti melukis, mengukir dan sebagainya.. Selain dari memberikan ketenangan jiwa, hasilnya juga mampu memberikan pendapatan kepada mereka yang dianugerahkan dengan bakat tersebut..
3. Mengumpul.. Hobi mengumpul juga memberikan kepuasan tatkala melihat hasil-hasil pengumpulan khazanah-khazanah dunia.. Nilai-nilai sentimental pada barang-barang yang dikumpul mampu memberikan harga yang cukup tinggi di masa hadapan.. Banyak aktiviti mengumpul yang dijadikan hobi malahan diwujudkan kelab-kelab bagi berkongsi barang-barang tersebut.. Antara seperti kumpul setem, kad, duit syiling, majalah-majalah dan banyak lagi barang-barang yang mempunyai nilai antik.. Tapi janganlah kumpul benda-benda yang haram sudahlah nanti dikejar pihak berkuasa lah plak..
4. Menternak , memelihara haiwan.. Seperti yang anda semua maklum saya juga ada menternak haiwan (haiwan ker??).. Ianya mampu memberikan ketenangan lebih-lebih lagi melihat reaksi haiwan peliharaan kita tu.. Lebih tenang dari tengok ‘Akademi Fantasia’..
5. Membaca.. Ini hobi yang mulia.. Samada anda mempunyai hobi membaca buku ilmiah, novel-novel mahupun blog-blog ianya mampu memberikan ilmu-ilmu terbaru.. Tapi kalau anda layan membaca website XXX dosa le anda dapat.. Huhuhuhuhuhu,…
6. Ada gak yang hobinya menonton cerita-cerita…Samada menonton cerita Pepaya mahupun sinetron ‘Sulaiman’. Kadang-kadang tu berfaedahlah hobi ni, tapi kalau sampai lupa waktu azan masing-masing pklah sendiri ek..

Rasanya cukup setakat ini hobi yang terpk oleh saya dalam tempoh 20 minit ni.. Mungkin anda ada hobi yang tak tertulis kat sini..
Tapi kadangkala kita tak tau bahawa hobi-hobi boleh diubahkan menjadi perniagaan.. Sebenarnya ia boleh dijadikan sumber pendapatan.. Bahan-bahan rekaan yang telah bosan dipandang atau bahan pengumpulan yang terlalu banyak boleh dijual di ebay.. Malahan ilmu-ilmu tentang hobi tersebut boleh ditulis samada dalam majalah, blog, ebook dan sebagainya…

Jadi siapa kata hobi tidak memberi faedah?? Fikir-fikir dan renung-renungkan..
p/s :- Merempit tidak layak untuk dijadikan hobi….

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1807
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Hobi – berfaedahkah untuk anda??”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    hobi aku kumpul magazine libur.
    terus ke cuti2 malaysia. hehe :)

    Reply

  2. rohaizadNo Gravatar says:

    Hobi aku suka melihat hobi orang lain.

    Reply

  3. callisterNo Gravatar says:

    hobi sy makan..
    leh dtgkan faedah ke??

    Reply

  4. shaxxNo Gravatar says:

    kalau dah pencen nanti aku teringin nak ternak kambing la…

    Reply

  5. kusuNo Gravatar says:

    hobi aku suka pada internet..
    hari-hari internet..
    mungkin aku nak belajar dapatkan duit melalui internet ni..hehe

    kalau dah besar beli tanah then tanam kelapa sawit..duit bulan2 masuk kan..kita kat rumah goyang kaki je layan blogging..haha..tak ke mudah macam tu..

    Reply

  6. AASSHHNo Gravatar says:

    Hobi saya agak pelik..saya suka pergi ke tempat-tempat yang tinggi dan melihat gelagat manusia dari situ.Pelbagai perwatakan yang boleh kita jumpa dan kekadangnya saya rasa sedang melihat lakonan yang sungguh menakjubkan.Cubalah hobi ini,sekurang-kurangnya untuk muhasabah diri kita juga…

    Reply

  7. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    hobi aku banyak…kadang2 letih jugak nak layan hobi ni. ngko duk tanya hobi kita orang…aku pun nak tahu, hobi ngko apa :) ??

    Reply

  8. azwanNo Gravatar says:

    hobi aku masih lagi membaca dan mengumpul comics dari marvel dan dc :)
    selin dari berblog dan tidur

    Reply

  9. noorNo Gravatar says:

    aku plak, suka baca novel, magazine….n tgk tv….so smbil2 baca tu ada la buat collection sdiri….itu utk masa yg senggang tp klu ada duit lebih ckit aku suka travel la…tgk tempat org….best ooooooooooooo

    Reply

  10. zoolNo Gravatar says:

    Knizam –> eh bukan hobi ko makan ker?? He he he
    rohaizad –> lain macam je tu..
    callister –> boleh.. tapi kalau byk makan.. datangkan masalah plak
    shaxx –> hobi ke tu?? tu matlamat…
    kusu –> banyak le ko goyang kaki.. mana ada jalan mudah nak senang.. internet jangan lupa t/jawab sudahlah..
    AASSHH –> bagus gak hobi ni.. tapi kepada yang gayat tak leh lah.. nanti pengsan…
    afzai –> aku takde hobi khusus.. layan anime, conteng2 buat karektor katun dan hobi terbaru yang nak aku tekankan dalam diri.. ‘berkebun’.. he hehe
    azwan –> menariknya hobi ko..
    noor –> membaca tu bagus untuk tambah ilmu.. tapi kalau asik baca majalah gosip tambah dosa la plak.. huhuhuhuhuu

    Reply

Leave a Reply