Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum semua…

Nampaknya keadaan kegatalan di tubuh badan telah mula beransur pulih… Saya telah pun ke klinik dan diinject.. Betullah cakap abdfatah supaya inject.. Nampaknya ia membantu melegakan kegatalan di samping kepantangan terhadap makanan yang berprotein..
Selain itu saya juga telah ke tempat air panas yang berhampiran di kawasan untuk mematikan kuman-kuman di badan yang disuspek hasil dari hama-hama.. Mungkin hama kucing-kucing yang bermaharajalela di rumah ni..

Saya juga telah mendaftar dengan Syarikat Air Melaka untuk masuk bekalan air rumah saya.. Harap-harap minggu depan rumah telah ada bekalan air.. Cuma bekalan elektrik belum dimasukkan takut lari bajet… Huhuhuhu

Okay mula kembali dengan topik utama kita yang berlaku pada saya hari ini. Sudah pastinya ada antara anda yang mengalami kehilangan kad penting.. Dan saya baru je tercicir kad pengenalan pada hari ini Isnin (17.12.07) pukul 1.00 tengahari, lesen dan kad keahlian.. Duit saya asingkan ke dalam dompet jadi ianya masih selamat lagi..
Agak gelabah bila hilang dokumen pengenalan diri ni.. Ye lah takut juga kalau ditahan oleh Pihak Berkuasa…Kang tak pasal-pasal diiktiraf sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin tu… Susah nanti tak berupdate lah pula blog ligakampung ni.. Hm bercerita tentang kehilangan kad sudah pastinya perkara-perkara yang telah dilakukan ialah :-
i) Jangan panik.. Cari dulu di kawasan yang telah disinggahi sebelum ni…
ii) Tanya kepada pihak berdekatan di kawasan mana kehilangan telah berlaku…
iii) Kalau tak jumpa juga buat laporan polis secepat mungkin… Jangan bertangguh !!
iv ) Doa dan tawakkal kepadaNya.. Insyaallah akan diperkenankan..
Dan pada pukul 5 petang dengan izinNya kad-kad tersebut diserahkan ke balai polis.. Terima kasihlah kepada yang memulangkan kerana pihak polis juga tidak mencatat perkara tersebut.. Hanya Tuhan yang akan membalas jasa anda..
Apa pula cerita anda?? Pasti anda pernah mengalami kisah-kisah seperti ini kan???

11 Responses to “Hilang Kad”

  1. alhamdulillah, semua ok kan .. dokumen tak pernah hilang … tapi buku bank, buku cek, buku asb pernah dicuri orang. dia ingat ada duit dlm tu, nasib baik ada sikit aje. memang leceh nah buat balik benda-benda tu .. kena pergi angkat sumpah lah .. report polis lah .. memang buang masa.

    pasal gatal2 tu, aku pun pernah kena dulu. doktor injet kat pungkok je

    btw, aku tag kau jugak :)
    refer to my latest post please

    [Reply]

  2. wah… zool kena tag gak ker…

    bab hilang tu… pernah jadik sekali tapi waktu tu sekitar tahun 2000 kot… tak kena bayar lagi… tapi kawan am dok putrajaya dah hilang 4 kali dan kena bayar RM410… kalau hilang sekali 110, dua kali 210 dan begtulah seterusnya.. dan yang bestnya dia buat hari ni besok dah kolek kadnya… cepat yer sekarang…

    [Reply]

  3. Pernah tercicir beg duit pada tahun 2002..semasa on my way ke kedai. Selepas amik brg2 dan nk buat pembayaran tetiba gagau dompet takder..gelabah gila masa tu, dah ler ramai yg beratur nak buat pmbayaran. Pi cari kat kete takder…so confirm tercicir dan cofirm lebuh duit aku RM400.

    Pi buat report polis. Kesokkannya seorang cina dtg hantar kad pengenalan aku dan seminggu berikutnya seorang pekerja majlis bandaraya datang hantar lesen aku..

    apapun semua tu banyak hikmahnya. berhati2lah selalu

    [Reply]

  4. saya pernah hilang dompet masa berumur belasan tahun lalu. masa tu saya bajet ada org seluk dompet saya. habis kad pengenalan dengan duit RM40 lesap. Rasa macam nak menangis dibuatnya.

    memang kenangan gelabah tu tak dapat dilupakan. ;)

    [Reply]

  5. thanks la geng…lepak2 kt blog aku..
    ati2 ar bro pas nie..

    [Reply]

  6. sepupu saya kena kepung oleh penjenayah. mintak duit dari dia dan kemudian habislah rm belanja sekolah beliau hari tu. memang takder hati perut langsung… nasib baik tak kena diapa-apakan…

    [Reply]

  7. hai..selamat hari raya..

    saya masih ingat..awak penah bagi komen gak dulu kat blog saya kan..

    thanks ye…

    [Reply]

  8. azwan —> itulah syukur dipulangkan.. Kalau tak susah.. Nak masuk opis pun kena tunggu orang sebab pakai ic ..
    am —> skg memang cepat.. tu lah gunanya teknologi..
    afzai –> betul tu.. report polis secepat mungkin.. Dan memang akan lebih berhati2..
    Noorizam —> biasalah time tulah gelabah amat sangat datang..
    afham —> insyaallah kalau tak terlupa..
    abdfatah —> betullah penjenayahan sekarang berleluasa..
    zuriaf —> ingat kat saya ?? He he he.. Saya plak dah lupa kat awak.. Sori ye.. tapi pedehal kan..

    [Reply]

  9. wooo! masuk ofis guna mykad .. canggih.. canggih. kami tak guna mykad, tapi guna kad touch and go gak :)

    [Reply]

  10. saya sudah hilang mykad.. macam mana sekarang? mahu report tak? berapa kena fine? my all bank card also lost.. macam mana..

    [Reply]

  11. kena report jay.. kalau tak report JPN tak boleh buat kad baru.. masalah tu..

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>