BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » EMosi » Hidup seorang pendiam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ni terbaca topik di forum mengenai ‘orang pendiam’ vs ‘orang banyak cakap’. Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Secara amnya, saya tergolong dalam manusia yang kurang bercakap. Memang jarang sekali buat ‘havoc’ kat mana-manapun. Walaubagaimanapun pendiam bukanlah yang jenis langsung tak bercakap. Cuma hanya mengeluarkan suara bila dirasakan ada sesuatu yang ingin diperkatan. Untuk entri ini, saya bagi pihak persatuan manusia pendiam SeMalaya akan menulis sedikit sebanyak kelebihan manusia pendiam.

Free Image Hosting


Kelebihan manusia pendiam

1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah..
2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri..
3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..
4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..
5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.

Okay cukup untuk entri setakat ini. Saya akui pendiam juga mempunyai kelemahan tetapi tak perlu dinyatakan kerana persepsi negatif hanya akan mengundang kejatuhan sahaja. Lebih elok dibicarakan hal-hal positif sahaja..
Sebenarnya setiap manusia mempunyai personaliti masing-masing. Mungkin ada antara yang memandang rendah pada manusia yang pendiam. Perlu diingat bahawa setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang tertentu. Tidak semuanya sama seperti kita. Ianya dihadirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Sekian..

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :7586

29 thoughts on “Hidup seorang pendiam

  1. cintahatiNo Gravatar says:

    sangat2 setuju dengan apa yang diperkatakan..

    diam juga blh dianggap sebagai satu ibadah..

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
    ‘Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai’

    teruskan menulis…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq… insyaallah akan terus menulis selagi diizinkan olehNya

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    saya bergantung kepada keadaan..kadang2 boleh jadi pendiam,kadang2 boleh menjadi peramah ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo camtu rupanya..

    Reply

  3. firusNo Gravatar says:

    Sesungguhnya, berdiam itu adalah lebih baik daripada berkata kata…

    Reply

    nasNo Gravatar Reply:

    suka

    Reply

  4. miss lollyNo Gravatar says:

    h0h0~

    kita tak sama dan tak serupa =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup memang tak serupa..
    tapi tu lah yang meragamkan hidup di dunia ni kan..

    Reply

  5. imranNo Gravatar says:

    Individu pendiam ni bahaya. Emosinya tidak terduga. huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bahaya ek.. patutlah org takut ngan saya

    Reply

  6. kadang kadang berdiam diri itu lebih baik. berdiam tidak semestinya takut atau setuju dengan apa apa yang terjadi sekeliling. tengok keadaan.

    Reply

  7. zikNo Gravatar says:

    orang pendiam suka pendam..nanti dah meletup… lariiiee…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. tak penah meletup lagi pun..

    Reply

  8. safarNo Gravatar says:

    masa kerja dulu.mentang2 saya ni pendiam.
    orang atasan je nak kelentong kita.baling batu
    baru tu.hehehe………

    Reply

    nasNo Gravatar Reply:

    ape ko mengarut ni?

    Reply

  9. Muhammad Faiz Bin Ahmad FizalNo Gravatar says:

    Baiklah…saya akan jadi orang pendiam selama – lamanye mulai hari ini..thx bagi notis

    Reply

  10. ajieNo Gravatar says:

    diam-diam ubi berisi….jangan pandang sbelah mata ngan orang yang pendiam

    Reply

  11. shinshanNo Gravatar says:

    tp, mcm mane nk jdi org peramah pulak?? huhu
    p/s:Diri ini terlalu pndiam… hu3..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak jadi peramah tu sukar bagi pendiam.. cuma kita ubahkan diri berani2 bercampur gaul.. tak semesti kita jadi org yang bercakap sepanjang masa. jadi pendengar pun bagus cuma kena berani memberi pendapat ..

    Reply

  12. ~silent~No Gravatar says:

    menjadi pendiam kadang-kadang menyeksakan…
    tapi kadang-kadang ada kelebihan nye jugak…
    cuba nak jadi peramah n bersosial ngan org tapi tak tau camne…
    jadi pendiam menyebabkn dri jadi kurang keyakinan n tkut nak hadapi risiko untuk berjaya dalam hidup…
    tension ler….
    anybody want help me??

    Reply

    asrulNo Gravatar Reply:

    saya pun rsa pendiam memng x bleh nak bersosial dn suka menyendiri dari bergaul, tidak suka di lihat orng, suka bercakap apabila di tanye, merasa sesuatu hal itu kadng2 betul atau sebaliknye. memng orng yang pendiam sukar untuk bercampur dng orng lain. Orng yng pendiam ni kebiasaanye akan dipandang orng lain sebb mereka seorng yang pelik sebb itu dikatekan orng pediam sering menjadi perhatian.jadi macam mane kite nk berubah sikap dn perilaku kita untuk jadi seorng yang peramah….??

    Reply

    nasNo Gravatar Reply:

    tak payah nak jadi peramah
    jadi pendiam lebih baik
    tak perlu jadi org lain
    jadilah diri sendiri
    asalkan tak menyusahkan org lain
    bercakap bila perlu
    org pendiam ni kurang dosa kata-kata
    hidup lebih selamat
    diam adalah pengawal yang paling baik

    Reply

  13. [...] boleh dapat. Boleh dapat awek cun, boleh dapat pangkat, boleh jual barang dan sebagainya. Diakui memang diri ini tak bijak bercakap. Tapi takpe, walaupun tak pandai bercakap tapi mungkin ada kelebihan lain. Lagipun dekat internet [...]

  14. yasinNo Gravatar says:

    he he walaupon sye pendiam tpi nak try berucap dikhalayak ramai,tpi sye ade mengagumi seorang pendiam iaitu lex depraxis,seorang pendiam yang menjadi instrutor dan mengadakan ceramah dan seminar tentang cara2 memikat wanita dan membangunkan pesona dan karisma seorang lelaki,sila lawat
    http://www.hitman system tpi kat indonesia sane hehe,seorang pendiam ajar org yang banyk cakap untuk pikat perempuan pelik kan

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo.. macam tu pun ada ye.. hebat tu..

    Reply

  15. nasNo Gravatar says:

    hidup seorang pendiam ni best ape
    tenang je
    aman
    orang takut nak kacau sbb diorg tak tau emosi kita
    kita pun tak payah sibuk2 nak kacau org
    kadang-kadang mmgla org tak pedulikan kita
    tapi itu buat kita lebih bebas dan tak payah pening2 nak fikirkan hal org lain
    bukanlah bermakna kita ni pentingkan diri sendiri
    tapi mmg dah jenis tak suka masuk campur hal org
    nak wat camno
    lagi satu sifat pendiam ni boleh mendidik akhlak,
    lebih menajamkan fikiran dan fokus pada sesuatu pekerjaan
    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
    ‘Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai’

    Reply

  16. uyun88No Gravatar says:

    saya pun pendiam..tp bile tgk kwn2 yg peramah but disisishkan kwn2 dan dilande byk masalah je mmbuatkan sy bersyukur plak bile jd pendiam neh.sbb org pendiam x cr pasal ngan org len.sy tknk jd peramah..tp nk jd pendiam yg positif.Walaupun pendiam..kite ttp hebat!!

    Reply

  17. fiqahNo Gravatar says:

    saya ada nk cite nk kongsi…tpi x tahu nk citer kat sape….kat sekolh saya ni gak pendiamlah tpi saya ada kwn….dan ada best friend(sma2 rehat dan selalu b’sama)dlm kelas saya ada kwn jugk tpi saya ni x byk ckp…..saya selalu lepak dgn kwn saya dlm kelas klau x ada cikgu atau duduk dekt dewn…tpi diorg tu bukn budk melayu tpi budk cina,india…x tahulah tpi saya lebhsuka lepak dgn budk bukn melayu dri budk melayu….tpi kdg ada jugk lepak dgn diorg….tpi kdg2 rasa bsalah jugk…yelah mcm x nk b’cmpur degn mereka sdgkan saya budk melayu….saya byk b’ckp dgn budk bukn melayu dari budk melayu tu sbb saya rasa risau…saya budk bru dekt sekolh sya….saya mmg nk ckp dgn diorg tpi mcm ada yg m’hlg…yg psti bkn rasa malu….sbb klau saya malu nk ckp dgn org mcm mna saya ada kwn….dan b’ckp dgn diorg….best frend saya tu budk mlyu…mcm nk jelaskan ye..mslah saye..

    Reply

  18. [...] diakui orang pendiam seperti si Zool sebenarnya ada banyak benda yang nak dicelotehkan namun kurang keyakinan membuatkan [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge