Hazwan Bakri hampir menjadi nelayan

hazwan-bakri


Pemain penyerang bola sepak Malaysia yang kini menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta’zim ,  Ahmad Hazwan Bakri merupakan antara nama besar bagi pemain bola sepak tempatan. Beliau yang pasti akan dikenang selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 sebenarnya hampir-hampir meninggalkan dunia bola sepak ini.

Pada usia mudanya, beliau hanya memikirkan masa depannya adalah samada menjadi nelayan atau bermain bola sepak. Pemain berusia 25 tahun ini yang berasal dari Labuan telah menyertai pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Dalam temuramahnya dengan wartawan FourFourTwo beliau memberitahu yang beliau telah meninggalkan KL dan kembali ke Labuan serta memikirkan masa depan yang lain.

“ Saya menyertai KL untuk berada dalam pasukan Piala Presiden. Ini selepas saya tidak tersenarai dalam pasukan negeri untuk skuad SUKMA. Saya teruja tapi ia tidak seperti yang diharapkan dan saya pulang ke kampung.”

“KL masih inginkan saya tapi saya ragu-ragu mengenai karier yang dipilih dan tidak mahu bermain bola sepak. Keluarga meminta agar saya mencuba juga yang terbaik dan akhirnya saya berjaya”

Selepas itu Hazwan berjaya menjadi pemain KL seterusnya menarik perhatian jurulatih bawah 23 tahun ketika itu, Ong Kim Swee.

Hazwan yang lahir di kampung Patau-Patau, Labuan sering melakukan aktiviti di laut ketika usia mudanya.

 

Hazwan Bakri
Hazwan Bakri ketika mewakili Harimau Muda di S League. Kredit Gambar :_ BazookaPenaka

Beliau yang kini merupakan pemain penyerang yang cukup prolific juga pernah menjaringkan hatrick ketika menentang Sri lanka sekaligus menjadi pemain termuda yang mewakili skuad senior Malaysia yang berjaya menjaringkan hatrik.

Malahan dalam skuad Harimau Muda, beliau antara yang menonjol sekali berbanding pemain seangkatan seperti Rozaimi Abdul Rahman dan A Thamil Arasu. Pada tahun lepas juga beliau dianugerahkan pemain penyerang tempatan terbaik serta pemain paling bernilai dalam Liga Super yang menunjukkan betapa beliau adalah penyerang yang digeruni di Malaysia.

| Ahmad Hazwan Rangkul Pemain Paling Bernilai 2016 |

Ligakampung agak kagum kepada Ahmad Hazwan dan potensinya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Semoga beliau perlu lebih maju lagi seterusnya mampu membantu pasukan kebangsaan. Cuma kadangkala nampak beliau agak ‘robust’ ketika melalukan tackle pada pihak lawan yang boleh menyebabkan layangan kad. Semoga dengan penyertaan beliau dalam pasukan JDT dapat memberikan tumpuan kepada pasukan luar kerana terdapat penyertaan dalam kejohanan Piala AFC.

Sumber :- FourFourTwo

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Hazwan Bakri hampir menjadi nelayan

Leave a Reply