LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hazwan Bakri dipilih pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2015, Ahmad Hazwan Bakri mendapat satu lagi hadiah berharga. Bekas penyerang Harimau Muda ini telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini oleh laman web bola sepak antarabangsa, Goal.com.

Kejayaan ini berdasarkan persembahan terbaik beliau ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah pada Sabtu lalu. Pemain Selangor berusia 24 tahun dari labuan ini berjaya menewaskan dua calon penjaga gol dari Saraburi FC, Pisan Dokmaikaew dan juga penjaga gol Semen Padang, Jandia Eka Putra.

SHAH ALAM 12 DECEMBER 2015. Pemain Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan permain terbaik perlawanan akhir TM Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam NSTP/Osman Adnan
SHAH ALAM 12 DECEMBER 2015. Pemain Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan permain terbaik perlawanan akhir TM Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam NSTP/Osman Adnan

Menurut Goal.com, kejayaan ini berdasarkan penyudah berbisanya pada perlawanan akhir dengan 2 jaringan serta serangan berbahaya yang dilakukan pemain kebangsaan ini. Sumbangannya juga amat bermakna bagi pasukan Selangor yang berjaya menamatkan kejuaraan selama 10 tahun untuk mencapai Misi 33.

Tahniah kepada Ahmad Hazwan. Sememangnya pemain muda ini berbakat besar namun potensinya perlu diasah dengan baik oleh jurulatih serta beliau perlu juga memperbaiki corak permainannya. Walaupun mempunyai rembatan yang baik namun kadangkala beliau mempunyai sifat panas baran dan melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya.
Semoga beliau dan pasukan Selangor akan maju terutama dalam kejohanan Piala AFC yang disertai pada tahun hadapan. Mungkin ada mata-mata dari luar negara yang nampak potensi beliau untuk diserapkan di kelab luar negara.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Hazwan Bakri dipilih pemain Terbaik Asia Tenggara minggu ini

  1. hazwan ni, kalau geng dia “perform”, memang mudah-mudah aje dia buat gol.

    kalau kengkawan dia out, memang susah dia nak dapat bola baik punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)