Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Sebelum bercerita lebih lanjut mari saya kongsikan beberapa gambar dahulu..

Photobucket
Ini adalah cincin hantaran untuk majlis pertunangan.

Photobucket

Photobucket

Ini adalah gambar-gambar hantaran yang dikumpulkan antara pihak lelaki dan perempuan..

Mungkin ramai yang terkejut dan gembira bila melihat barang-barang pertunangan di atas tu..
Tapi minta maaflah sebab ia bukanlah mengenai si Zool sebaliknya adik perempuannya yang bertunang.. Si Zool masih belum diketahui tarikhnya lagi ye..

Majlis ini diadakan pada Sabtu 28.11.09 dihadiri oleh saudara mara terdekat. Sebab tu tak buat jemputan walaupun pada rakan sepejabat pun.. Kira buat kecil-kecil je.

Bercerita tentang hantaran memang ribu-ribuan juga dihabiskan walaupun sekadar bertunang(Pergh menambahkan kecuakan di dalam hati ni).. Hantaran bagi pihak perempuan 9 dulang manakala lelaki 7 dulang. Dari segi kekreatifan pihak lelaki lebih cantik la..

Hantaran yang menjadi tanda tanya pihak kami ialah segumpalan bawang putih.. Kenapa plak di bagi bawang putih ye?? Cuba lihat gambar di bawah ni…Sesiapa tak dapat tengok photobucket tu sori lah..

Photobucket

Bolehkah anda mengagak apa benda ni?? Adakah bawang putih ataupun terdapat barang tersirat di dalamnya?? Cubalah teka..

p/s :- Gambar adik saya tidak dipaparkan disebabkan tidak mendapat kebenaran….

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (22)