LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Harimau Selatan miliki stadium taraf dunia

Pasukan bola sepak yang semakin gah di Malaysia, JDT akan mencipta sejarah apabila memiliki sebuah stadium baru bertaraf dunia. Stadium yang bakal dibina di Nusajaya dan dijangka akan siap selama setahun setengah itu dijangka akan mampu memuatkan penonton sehingga 45,000 orang.
Menerusi laman Facebook rasmi kelab JDT iaitu Johor Southern Tigers, lakaran grafik menunjukkan aspek terkini serta ciri-ciri menarik, moden dan lengkap dengan kemudahan canggih bakal dibina.

Stadium yang bakal mempunyai fasiliti setaraf stadium di Eropah ini akan mempunyai permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna di bahagian luar stadium. Tempat duduk yang disediakan juga lebih selesa serta terdapat ruang niaga dalam stadium serta ibu pejabat baru Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang disediakan di stadium tersebut.
Menurut pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ), satu majlis pecah tanah bakal diadakan pada Sabtu ini bersama penyokong bagi meraikan kejayaan kelab berkenaan.

stadium-jdt
Gambaran artis rekabentuk Stadium JDT

Sememangnya ia merupakan satu transformasi yang hebat dari kelab JDT. Semoga ianya memberikan inspirasi kepada pasukan lain untuk bersaing sekaligus mewarnai bolasepak negara dan mampu mencabar pasukan handalan terutama dari pasuka Asia.
Perkembangan sihat ini juga mampu menunjukkan betapa terdapat kelab bolasepak di Malaysia yang cukup gah dan setanding dengan stadium di luar negara.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Harimau Selatan miliki stadium taraf dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)