LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Harimau Muda menjuarai Piala Bangabandhu 2015

Pasukan bolasepak bawah 22 tahun negara atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda telah mencatat keputusan cemerlang dalam kejohanan yang disertai. Kejohanan Juara Piala Banganbandhu yang diadakan di Bangladesh mencatat keputusan membanggakan.


Pasukan Harimau Muda yang dibimbing oleh Razip Ismail ini berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Bangladesh dengan keputusan 3-2. Pasukan Malaysia berjaya mendahului dengan 2-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan menakjubkan hasil sepakan percuma oleh Nazirul Naim pada minit ke 31 sebelum M Kumaahran mendapatkan gol pada minit ke 40.

Perlawanan Malaysia vs Bangladesh
Perlawanan Malaysia vs Bangladesh

Selang beberapa minit masa kedua pasukan Bangladesh melalui Jahid Ameli mendapat peluang terbaik melalui jaringan minit ke 49. Pasukan Harimau Muda dikejutkan apabila pemain Bangladesh merapatkan kedudukan pada minit ke 54 melalui Yeasin Khan. Ketika perlawanan hampir tamat, Faizat Ghazli berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 92 sekaligus memusnahkan harapan pasukan tuan rumah untuk bergelar juara.

Satu perlawanan yang sengit namun masih banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Harimau Muda. Pemain perlu lebih fokus ketika mendahului dan sepatutnya tidak memberikan ruang kepada lawan untuk merapatkan kedudukan. Namun yang terbaik apabila pasukan Malaysia hanya bolos 2 gol pada perlawanan terakhir ini sahaja.

Sekian.

p/s :- Hari yang baik untuk sukan Malaysia selepas kemenangan skuad takraw Malaysia di tangan Thailand dalam kejohanan Super Siri ISTAF 2015.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Harimau Muda menjuarai Piala Bangabandhu 2015

  1. terbaiklah.

    memang suka gua tengok malam tu walaupun masa 2nd half..

    banyak kali gua marah diorang suruh menyerang.

    hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)