LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Harimau Malaya seri : Adakah Ong Kim Swee gagal ?

Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Filipina yang berlangsung di stadium Cebu, Filipina memberikan keputusan yang tidak digemari oleh penyokong bolasepak tempatan.
Bukan hanya keputusan seri yang menjadi perbualan, malahan prestasi permainan juga menjadi bualan hangat. Perlawanan yang dikuasai oleh pihak lawan itu juga menunjukkan tahap permainan pasukan negara yang masih tidak meningkat. Menambahkan lagi kemarahan penyokong apabila sepakan penalti tidak dapat disempurnakan oleh penyerang , Safee Sali.
safee sali
image free hosting

Safee Sali mengalami kejatuhan prestasi
Secara jujurnya, saya tidak mampu menilai prestasi pemain pada perlawanan tersebut kerana tidak dapat melihat perlawanan tersebut. Namun berdasarkan pemerhatian didapati kekuatan skuad Filipina yang dulunya pasukan belasahan semakin meningkat tatkala skuad Harimau Malaya masih statik dan mungkin telah menurun. Malahan, pasukan negara juga hanya mampu seri tanpa jaringan ketika perlawanan persahabatan di tempat sendiri sedangkan pemain Filipina sendiri pernah menyatakan dalam media betapa terujanya mereka melihat sokongan penyokong tempatan di Malaysia tempohari.
Apa agaknya yang masih kurang dalam skuad bolasepak negara? Adakah jurulatih sementara Harimau Malaya tidak mempunyai cukup masa untuk memilih pemain terbaik? Atau tidak mampu mendapatkan kombinasi pemain yang baik dalam skuad negara? Jika itu penyebabnya, mungkin Ong Kim Swee perlu segera mencari kombinasi terbaik bermula dari sekarang. Kalau dilihatkan ada beberapa pemain yang sekarang ni berada dalam prestasi terbaik seperti S Chanturu, Joseph Kalang, Wan Zaharulnizam dan beberapa nama lagi yang boleh diketengahkan. Mungkin pemain yang tidak berada dalam prestasi terbaik tidak sepatutnya berada dalam senarai ini.

Mengenai ketumpulan barisan penyerang negara, mungkin Ong Kim Swee boleh mengintai pemain-pemain dari Liga Perdana dan jangan hanya menumpukan pada pasukan yang berada di Liga Super. Ini kerana kebanyakan pasukan di Liga Super banyak mengharapkan penyerang import untuk mengalas tugas sebagai pencetak gol. Mungkin ada terselit penyerang berbisa di Liga Perdana malahan mungkin juga dari Liga FAM. Ataupun juga pemain yang beraksi di liga luar yang kurang diambil perhatian.

Berbalik kepada persoalan diatas, saya merasakan bahawa Ong Kim Swee masih belum gagal? Ini kerana beliau baharu 3 kali menggalas tugas sebagai jurulatih. Pasti ia bukan kayu pengukur yang sempurna untuk menilai prestasi. Jika ingin melihat kejayaan atau kegagalan beliau sebagai pengurus, perlu dilihat pada kejohanan-kejohanan yang disertai.

Apapun ini sekadar pandangan dari insan kerdil yang menyokong perkembangan bolasepak negara. Apa pula pendapat anda.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Harimau Malaya seri : Adakah Ong Kim Swee gagal ?

  1. Bagi kawe, Malaysia ada satu striker aje iaitu Safee Sali. Yg lain2 tu maybe ada form tapi belum ada kelas plus not a natural striker. Maybe Harimau Muda’s Rohaizam boleh ganti tapi kena kerja keras terutama bab fizikal yg masih lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)