Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Hariff Saleh raih podium pada saingan keempat LTdL 2018

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Hariff Saleh berjaya meraih podium pada saingan peringkat keempat bagi Kejohanan LTdL 2018. Pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya menamatkan kemarau tanpa podium LTdL sejak 2012 apabila meraih podium ketiga pada peringkat dari Dungun, Terengganu hingga ke Pekan, Pahang pada hari Selasa.

Ia sedikit mengubat kelukaan apabila gagal meraih podium di negeri kelahiran sendiri pada Isnin lalu.

“Hari ini (semalam) perlumbaan agak terkawal. Mujur saya dibantu oleh ramai kawan sehingga dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga. Ia sekurang-kurangnya dapat melunaskan perasaan kecewa di atas kegagalan saya meraih podium semalam (kelmarin).

“Sudah lama saya tidak dapat podium di LTdL iaitu sejak 2012. Alhamdulillah hari ini saya dapat juga walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan sukar termasuk dari pelumba handalan seperti Andrea Guardini (Bardiani CSF),” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)