Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ligakampung.
Hari ni tiada perkara yang menarik cuma baru je lepas mengambil ujian peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam gred 41… Seperti biasa saya datang awal, pukul 8.00 dah tercongok di King’s Hotel. Pengawas peperiksaan pun belum sampai lagi. Tapi takpelah biar sampai awal, tak terkejar-kejar nak cari tempat duduk nanti..
Pukul 9.00 peperiksaan pun bermula.. Wah, muda belia dan cun juga ketua pengawas.. Ops dah silap fokus tu.. Peperiksaan yang mengandungi 6 bahagian ini memang mencabar. Bermula dengan soalan pengetahuan am, menyelesai masalah, kefahaman, esei B. Melayu, esei B.Inggeris dan sahsiah diri.. Semuanya dijawab dengan bersungguh-sungguh..Nak diceritakan tengah khusyuk menulis kain alas meja tu pula mengelongsor.. Adoi haru je. Habis selesai sudah peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan gred 41.. Samada saya dapat atau tidak kita tengoklah camne nanti..
Cerita balik pula.. Sebenarnya dalam minggu ini saya menggunakan laptop adik saya yang bercuti bagi mengemaskini blog ni. Ini kerana PC kesayangan telah dihantar untuk diformat .. Aik takkan si Zool tak tau format PC kot??Kan dia belajar IT dulu . He he he. Sebenarnya bukanlah tak tau format PC tapi sebab barang-barang takde.. CD Windows, Driver semuanya takde dalam simpanan. Dan sebab menjangkakan kedai komputer mampu menyiapkan perkara mudah ni saya tanpa segan silu terus menghantar ke PC-World Jasin.. Ingatkan dalam seminggu dapatlah diorang siapkan PC.. Ala Windows tak boleh masuk, formatkan je lah. Saya menelefon syarikat bertanyakan khabar PC saya..Rupa-rupanya servis mereka amatlah lembab . Dahle lembab bila ditanya, jawapan belum check lagi?? Aik?? Dah le doktor tak reti nak check masalah rahang pipi ni, suruh check PC pun tak setel-setel gak.. Kenapa nie?? Adakah semua nak sabotaj saya??.. Tapi disebabkan dah hantar malas plak nak ambil balik..Dia janji Isnin ni selesai, kalau tak selesai mestilah kena basuh sikit tokei kedai tu.
Selain tu saya juga telah menelefon kedai kamera Fotokem untuk bertanya khabar mengenai kamera yang sepatutnya diperbaiki/diganti kerana masih tempoh warranty..Sekali lagi jawapan agak mengecewakan.. Penerima telefon langsung tidak mengambil berat tentang soalan saya.. Beliau memaklumkan supaya menunggu panggilan telefon.. “Allo.. Kalau ko pegi jabatan Kerajaan dan tak dapat feedback dalam tempoh seminggu dua minggu tau korang bising tapi bila aku mintak hak aku yang berbayar korang buat tak endah.. ”
Hm.. takpe harap semua perkara ni dapat disetelkan dalam tempoh terdekat ni. Sambil-sambil tu saya geram plak tengok laptop-laptop ni.. Rasa nak beli tapi terpaksa fikir masak-masak untuk keperluan lain ni…
p/s :- Kepada syarikat terbabit, minta maaf saya terpaksa menyiarkan nama kompeni anda.. Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka-mereka..

















aih. same xem ngan akoo nmpk. akoo 5 jawatan xem smlm. harap2 lepas la. cam xje. dah 4x. haha. cam mengong dah akoo. yang ko gi kursus BTN tue utk ape yer?
pasal pc ko. akoo rasa bek je ko g mane2 kedai cetak rompak beli cd. setel. usahkan seminggu, 30min da siap. jimat 50 hengget. kedai tue melampau lembap servis nye. stakat nak next2 je siap. adeih. bek amek akoo penanam anggur tegar je kije. gaji 10k wa tarakhal kije 24jam.
Reply
bro…dptkn hak ko tu bro. tipon je fotokem tu hari2… ko byr servis dia beb. diorg kene la bg servis terbaik..
Reply
hehe..memang senang je format kalau driver dan cd windows tu ada. Kalau takde, driver leh cari kat internet..
Reply
Zool, patut gua g jage periksa lu tu..hahaha
Reply