Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum..
Nampaknya masih ramai lagi yang masih bercuti untuk bulan Syawal ini…
Pejabat masih lengang lagi walaubagaimanapun terdapat minit-minit mesyuarat dan data-data yang perlu disiapkan.
Mungkin kerja pada hari ini lebih tenang.. Almaklumlah tiada gangguan dari kakitangan yang lain.. Berdasarkan pemerhatian nampaknya kedatangan pengunjung ke blog-blog saya agak berkurangan dalam minggu ini.. Walaubagaimanapun saya yakin dalam minggu hadapan kedatangan pengunjung mungkin akan menjadi stabil dan akan memberikan saya peluang lebih baik…
Sambil-sambil itu saya juga merancang kembali apa yang tertinggal.. Hari raya Aidilfitri menyebabkan kebanyakan idea tersangkut..
Nampaknya untuk Syawal pada hari ini saya dikejutkan dengan berita rakan saya yang akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini.. Alamatnya kena jadi pengapit lagi le.. Asik apit orang je… Diri sendiri tak tau bila nak diapit.. Huhuhuhu..
Nampaknya cuti hari raya selama 3 hari ini lebih banyak dihabiskan dengan melawat rumah terbuka pemimpin-pemimpin negeri.. Rumah saudara dan rakan-rakan adalah 2-3 rumah yang dah datang..  Dan rasanya begitu juga kedatangan rakan-rakan ke rumah.. Hanya 2-3 orang sahaja..

Nampaknya semua yang hadir ke pejabat ni pun masih dalam m ood raya.. Tiada semangat untuk melakukan kerja.. APahal pun.. Kerja je lah…

10 Responses to “Hari Pertama Kerja di Syawal”

  1. selamat hari raya, nantikan selepas raya pasti ramai pengunjung kembali..almaklumlah masing2 dikampung..ni sy nie..bukak cuti ada ujian pada keesokkan harinya..mcmana nak cari mood belajar ni? :p

    [Reply]

  2. Salam zool,
    Ktom pun dah mula kerja hari ni. Ramai yang masih bercuti tapi Ktom tak ambil cuti pun sebab dah banyak hari dapat cuti raya. Kerja pun bertimbun yg masih tak siap. Cam mana raya? Byk ke eluar duit raya? hahahaha…

    [Reply]

  3. Sori la dah banyak hari tak dtg sini…tak sempat dik bukan lupa…

    [Reply]

  4. Apasal ko tak sambung cuti macam org lain?

    [Reply]

  5. vangardx —-> memang .. sekarang nie pun dah ramai orang awam datang opis..
    ktom —> saya plak boring .. cuti kat rumah pun takde mende sangat nak buat..
    sebol —> saja malas nak cuti..

    [Reply]

  6. me kerja esok n jumaat..
    sambung cuti ari sabtu n ahad..

    [Reply]

  7. minggu ni masih lagi dalam mood raya..tak produktif langsung sebab dah banyak telan lemang..haha

    [Reply]

  8. erkk~? ada jugak ke mood raya? ekekeke..igtkan kanak-kanak je bermood raya. ahahaha.. Slamat bermood raya :)

    [Reply]

  9. terlebih dahulu ’selamat ari raya’ ok la tu baru raya kelima..cuma terpanggil tuk jwb…asyik jd pengapit ajer..
    ngaper tak jd pengantin lak..tak le jemu jd pengapit… bg peluang org lain jd pengapit…ok kan…bunga kan nyer sekumtum… sesuai gitu…kumbang kan nyer seekor… makan kue raya jgn sampai tersedak…see u again.

    [Reply]

  10. yginsaf–> selamat kerja..
    azam —> memang tak produktif lagi..
    azrn –> orang dewasa ramai yang bermood raya lagi
    mayafana —> he he he..Tak tau bilanya nak jumpa bunga tu..

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>