Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Hari Keluarga Jabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan semua..

Sebelum saya bercerita mengenai hari keluarga Jabatan, mula-mula nak berkongsi sedikit kejadian biasa yang berlaku untuk renungan bersama.. Semalam ketika bermain bowling di Mahkota Parade tanpa disedari saya telah tercicir satu kertas.. Belum sempat saya mengetahui yang saya keciciran kertas tersebut tiba-tiba munculnya seorang budak lelaki ‘Cina’ yang datang memulangkan kertas tersebut.. Ketika beliau memulangkan kertas tersebut saya jangkakan bahawa beliau jumpa di dalam pusat bowling tapi agak mengejutkan bahawa beliau terus turun ke eskelator. Maknanya??? Ini bermakna beliau mengejar saya dari tingkat bawah.. Kagumnya kesungguhan beliau.. Rasanya tak ramai dari kita yang akan memulangkan sehelai kertas yang tidak berapa memberi makna.. Tetapi sebenarnya kertas tersebut merupakan kertas waranti ‘kamera digital’ saya yang rosak.. Huhuhuhu.. Kalau tak jumpa tak boleh nak ‘claim’ nanti…. Huhuhuhuhuhuhu.. ‘ Xie xie ni ‘ kepada beliau walaupun beliau mungkin tak membaca blog ni… Okay terus kepada kisah makan plak..

Pada 24 hb Ogos 2008 jabatan telah mengadakan makan-makan secara kecil-kecilan di sebuah medan ikan bakar( ye lah asyik keje je.. sesekali nak berehat gak)..
Bagi sesiapa yang gemar makan ikan bakar terutamanya di Melaka pasti terbayangkan medan ikan Bakar Umbai atau di muara Sungai Duyong… Tapi kami singgah ke medan ikan bakar di Crystal Bay ( jangan ingat Johor je ada Danga Bay..)… Lokasi memang agak ke dalam kawasan perumahan.. Dan makanan memang banyak.. Tak terabis semua wooo…

Atas permintaan rakan-rakan setugas yang ingin menumpang populariti blog ligakampung maka saya paparkan gambar-gambar menarik.. Gambar-gambar guna kamera digital biasa je.. Tu sebab ada kegelapan sikit.. Nanti kalau ada bajet lebih boleh panggil acai tolong ambilkan gambar-gambar menarik kot..

Photobucket
Makan sambil tersengih… Mungkin boleh menaikkan kadar metabolisme dalam badan kot..

Photobucket
Pergh.. Seronoknya sanak saudara datang makan… Bukan selalukan..

Photobucket
Ini je satu-satunya gambar yang tuan blog ada… Tu pun tengah minum diambil gambar.. Huh..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 56
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

3 comments to Hari Keluarga Jabatan

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>