Hari Jumaat yang kenyang dan Arsenal vs MU

Assalamualaikum semua..
Nampaknya saya agak pulih dari emosi yang tidak stabil setelah meluahkannya di blog ini..
Dan nampaknya hari ini perut agak kekenyangan… Selepas makan tengahari kursus, pergi pula ke open house offismate dan seterusnya Jamuan Teh sempena hari ulangtahun TYT Melaka.. Itupun masa pegi ke Bank Muamalat untuk masukkan duit dalam akaun ada majlis di sana.. Oh.. Sungguh kayanya rakyat Malaysia.. Sebab itulah ramai yang mati sebab terlebih makan…. Harap-harap tak jadi begitu..

Bercerita lagi tentang kenyang ni kepada sesiapa yang singgah ke negeri Melaka bolehlah ke MITC pada pukul 3.00 petang untuk menghadiri jamuan raya peringkat negeri yang akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.. Pergh makan lagi.. Huhuhuhu.. Ops sebelum terlupa Perbadanan Sungai dan Pantai Negeri Melaka menganjurkan pesta Sungai Melaka dari 1-8 Nov 2007 jadi banyak aktiviti yang akan diadakan di sepanjang Sungai Melaka.. Jadi datanglah ke Melaka…Banyak tempat menarik untuk dilawati..

Maklumat sampingan
Setelah berfikir panjang blog halbola.blogspot.com terpaksa diberhentikan.. Masih tidak tau samada ia akan berfungsi kembali kerana sukar untuk menulis dalam 4 blog yang berlainan topik.. Dan saya mengambil keputusan akan menyelitkan cerita-cerita bolasepak di blog ligakampung ini.. Sesuai dengan namanya.. Kepada chot, cerita pasal bola akan diteruskan disini… .


Seperti yang anda sedia maklum.. Pada hari Sabtu ini jan 7.45  8.45 malam perlawanan bolasepak EPL antara juara bertahan Manchester United dan pendahulu liga Arsenal akan berlangsung di Stadium Emirates, London.. Sebagai peminat Arsenal sudah pastinya saya mengharapkan agar Cesc Fabregas mampu mengemudi pasukannya untuk menumpaskan MU.. Sudah pasti ramai penyokong kuat MU akan menyerang saya.. He he he.. Rilek kawan… Sambil itu perang psikilogi antara Wenger dan Ferguson nampaknya agak kurang ketara pada pertarungan kali ini.. Mungkin mereka dah matang kot.. atau sebab saingan belum sampai kemuncaknya lagi???
–< Update terkini 4.10.2007 Arsenal 2 MU 2>>> Kira Oklah tu kan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :500
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Hari Jumaat yang kenyang dan Arsenal vs MU”

  1. zuhairyNo Gravatar says:

    yearghhh, kita tengok sapa yang kena. GO,GO THE GUNNERS! Midfield dah ok, dengan gandingan Hleb, Rosicky, Fabregas & Flamini. Cuma striker kureng sikit la. Van Persie cedera la pulok. Mungkin gandingan Adebayor dan Eduardo.

    P.S: Saya nak mintak Zool tlg check blog saya jap. Ada masalah yang tak reti nak diselesaikan. Klik kat post BERWAJAH BARU. Tolong ek. Ors lain kalu tau pun leh tlg gak :-)

    Reply

  2. zoolNo Gravatar says:

    zuhairy —>Hm.. Midfield memang okay.. Tapi saya amat harap agar Wenger mengetengahkan Niclas Bentner… Nak sangat tengok dia maju sebab dia ada potensi….
    Saya dah tengok dah blog tu dan beri jawapannya… Bagus tukau theme.. saya ntahlah banyak hal lah minggu nie

    Reply

  3. zuhairyNo Gravatar says:

    hahaha…Draw jer. tapi masih di persada liga. tapi arsenal masih kurang satu game,hehe
    thanks tolong saya… :-)

    Reply

  4. awqi_zarNo Gravatar says:

    salam zool,dh lme dh xjenguk blog nie..mmm,mmg ssah klu berblog utk 4blog berlainan tema..klu gune wordpress,ble gne timestamp..wat artikel sekali harung pas2 post ikut hari berlainan..tp klu gme blogspot ssah la..aisey,MU dgn Arsenal draw la plok..camne nie..haha..

    Reply

  5. IzianaNo Gravatar says:

    ahahahah
    seronok kn arsenal dpt lg satu gol
    naseb x putus asa walaupon tinggal 3 minit je lg

    nway, pasal kawen tu aku memain jer
    rasa sedih plak dgr ayat jgn kawen sbb nafsu je
    hahahaha
    lama lg nk kawen kot
    blaja pon tak abes lg :D

    nway, thanx 4 d visit~
    have a gud day~

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    zuhairy —> welcome..
    awqi_zar –> betul tu.. rasa cam nak tercabut lutut.. He he he.
    Iziana —> seronok tgk Arsenal menang. He he he.. tak kisahlah tu.. belaja dulu ke kawen dulu yang penting mesti bahagia

    Reply

Leave a Reply