Harga rumah teres dijangka mencecah harga RM1 juta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Siapa yang tak nak memiliki rumah sendiri kan? Tapi harga rumah yang melambung menyukarkan terutama golongan rendah dan sederhana untuk membeli rumah. Saya terbaca artikel di SinarHarian tentang ramalan bahawa rumah teres dijangka akan mencecah nilai RM1 juta pada masa hadapan dan elok kiranya kalau berkongsi dengan pembaca ligakampung.com

house
Gambar Hiasan.. Rumah ni confirm harga berjuta-juta

Sebuah media tempatan sebelum ini melaporkan rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 seunit menjelang tahun 2020 berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn Bhd (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaru rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Media tersebut turut melaporkan Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah.
Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.
Dilemanya kini ditanggung oleh golongan pertengahan, golongan berpendapatan RM6,000 ke bawah jika harga rumah semakin naik mendadak saban hari.
Kerajaan Pusat turut merancang strategi holistik untuk menangani isu harga rumah tinggi dengan mengumumkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, namun program ini masih belum cukup untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Artikel penuh sila ke SinarHarian

Perkara ini menjadi isu hangat yang menjadi topik perbualan hangat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, golongan sederhana yang akan tersepit kerana sukar untuk membeli rumah dengan harga sebegitu. Dan bayangkan kalau hanya penduduk berpendapatan RM12,000 sahaja yang layak membeli rumah di masa hadapan, sudah pasti ramai yang tidak mampu memiliki rumah walaupun berjawatan pegawai di syarikat masing-masing.
Alasan pemaju seperti kenaikan harga barang binaan perlu ditangani segera oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah untuk didiami. Walaupun kerajaan ingin membina rumah seperti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia namun ianya masih belum mampu menampung. Kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak swasta dalam mengurangkan harga rumah perlu dilakukan.

Selain itu, rumah yang telah tidak didiami boleh dijual semula samada dengan memperbaiki atau sebaliknya. Ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan negeri mengikut Akta tertentu terutama bagi projek pajakan. Berdasarkan situasi di Melaka didapati terdapat rumah lama yang terbiar yang berpotensi untuk dijual kepada orang awam. Mungkin kaedah rumah lelong atau jual semula dengan harga bawah pasaran boleh dilakukan oleh pihak tertentu.

Sekian

4 thoughts on “Harga rumah teres dijangka mencecah harga RM1 juta

  1. umh saya dulu rm99 ribu skrg dah naik ni sebab tesco aeon dha ada mungkin akan naik 2 ke 3 kali ganda..ada duit baik melabur skrg,,masa hadapan akan naik juga mustahil harga umh akan turun..mustahil..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.