Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan selamat semua..
Kepada penganut Buddha diucapkan selamat hari wesak..
Nampaknya masalah harga beras masih tidak mampu diselesaikan.. Rungutan pengguna makin memuncak.. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja komen dalam suratkhabar agar masalah ini dapat ditangani..

Source pic : flickr.com
Dalam keadaan bermasalah terdapat pula peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga beras Super Spesial Tempatan melebihi paras siling..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan mencadangkan pelaksanaan harga kawalan beras itu dipercepatkan pada mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang akan diadakan Selasa ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga beras Super Tempatan (ST) 15 peratus hancur ditetapkan antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram selain memperluaskan harga kawalan ke atas beras SST lima peratus pada RM2.80 sekilogram manakala beras SST 10 peratus pada RM2.70, berkuat kuasa 1 Jun ini.
Berita selanjutnya di utusan

Komen Zool :-

Secara amnya beras Super Spesial Tempatan sukar didapati di tempat saya.. Setakat ini beras 10 kg yang paling murah di kawasan saya sekitar harga RM 25.00.. Harga yang agak cekik darah.. Semoga paras siling ini dapat dipantau oleh Kementerian terbabit kerana boleh dikatakan ianya merupakan permintaan tertinggi di kalangan rakyat jelata… Bila agaknya isu beras ni nak selesai agaknya??

Tags: , ,

3 Responses to “Harga Beras melebihi paras siling”

  1. isu beras ni mmg myakitkan hati.. beras kita blambak2.. tak mungkin akan kuragan bekalan.. lebih2 lagi kita kan pgeluar.. RM25? woa! mmg murah.. stakat ni.. yg paling murah saffa pernah jumpa.. rm28 kt pasar borong selayang!
    bila nak selesai? *sigh* harap2 ASAP!

    p/s: bukan agak cekik darah.. mmg terlebih cekik dah pun!

    [Reply]

  2. biler nak abis ek..
    kat umah mak aku dah simpan stok beras byk2

    pelik btol boleh x ckup beras

    rm25? kira murah ape..
    kat sini dah cecah rm30 dah

    [Reply]

  3. sekarang ni harga beras dah mcm harga petrol plak. hehe :)

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>