Harga Ayam naik sebab panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Macam-macam alasan oleh penjual untuk menaikkan harga barangan sekarang ni. Terbaca dalam Kosmo, tentang alasan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bahawa kenaikan harga ayam berikutan cuaca panas di negara kita. Menurut jurucakap persatuan, cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini menjejaskan tumbesaran ternakan tersebut.

Wah, memang cukup hebat sekali kesan cuaca panas yang dihadapi sehingga melibatkan harga ayam. Mungkin ada kebenaran di sebalik kenyataan mereka tetapi adakah harga akan menjadi murah bila waktu sejuk akan melanda negara. Harap-harap begitulah sebab ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga ayam terutama peniaga makanan. Mereka pasti terpaksa menaikkan harga makanan bagi mendapatkan keuntungan. Jika tidak pastinya masakan ayam akan dipotong sekecil-kecilnya bagi mengelakkan kerugian.


Uploaded with ImageShack.us
Agak-agak ayam tu panas sampai bulu pun tercabut cam ni kot..

Cukuplah entri pendek hari ini. Sama-samalah kita fikirkan. Bagi penduduk kampung mungkin boleh membela ayam di halaman rumah, tetapi yang di bandar kenalah kurangkan ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1812
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Harga Ayam naik sebab panas”

  1. papabearNo Gravatar says:

    la panas ke sebabnya sampai ayam habis kat pasaran. hari tu gi tesco, ayam habis…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le . panas sgt sampai ayam tak cukup..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. panas sgt

    Reply

  2. AzahNo Gravatar says:

    sekarang dah hujan 3 hari, harap harga turun la kejap lagi.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    harap2 gitu le hendaknya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. harap turun

    Reply

Leave a Reply